Ish Ish…Ada Pihak Cuba Lagakan Rita Rudaini Dan Bekas Suami?

Pelakon Rita Rudaini meluahkan kekecewaanya di laman Instagram apabila ada pihak yang cuba melagakan dirinya dengan bekas suami, Aidil Zafuan.

Tulis ibu kepada dua anak ini, dia berasa hairan dengan individu yang tidak senang jika dirinya berbaik dengan bekas suaminya itu.

“Gigih la cuba nak laga kan kami, anak-anak jadi mangsa… Aidil dan Rita ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik. KEJI dan JIJIK… Aidil dan Rita ni jangan bagi dekat, jangan bagi baik…nape ek?

“Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy ‘Bergabung Meletop’? Rancang lah macamana pun, buatlah macamana pun, satu hari nanti tuhan akan bisikan hanya yang benar pada daddy ryanjuna” tulisnya di Instagram.

 

SGMS Faida