Kehebatan Facebook sebagai sebuah media sosial tersohor didunia sememangnya tidak mampu ditandingi walaupun banyak aplikasi yang seakan dengannya tumbuh bak cendawan lepas hujan.
Namun dalam keseronokan menggunakan platform atas talian tersebut, tahukah anda bahawa akaun peribadi mahupun Halaman yang anda kendalikan sangat mudah terancam dengan sekatan oleh pihak Facebook. Ini kerana polisi yang ditetapkan oleh pihak Facebook sangatlah ketat.
Sangat menyedihkan sekiranya perkara tersebut terjadi kepada akaun milik anda, apatah lagi sekiranya halaman atau akaun Facebook tersebut telah diikuti oleh jutaan pengguna. Apapun malapetaka tersebut boleh dielak sekiranya langkah berjaga – jaga telah diambil dan polisi komuniti Facebook anda ikuti. Berikut antara 5 sebab yang membolehkan akaun anda disekat.
Walaubagaimanapun sekiranya anda merasakan tindakan Facebook menyekat akaun anda adalah satu kesilapan, anda boleh membuat rayuan ataupun permohonan agar dikembalikan akaun tersebut.
Rayuan tersebut boleh dilakukan pada pautanberikut https://www.facebook.com/help/contact
Sama ada berjaya atau tidak rayuan tersebut bergantung kepada jenis kesalahan yang anda lakukan, sekiranya ia tidak serius berkemungkinan akaun anda akan dikembalikan.
Beringat sebelum terlambat, berkongsilah menggunakan akal, jangan terlalu mengikut nafsu ataupun perasaan marah. Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.
Sumber: Wiser.my
Bagus Aslam, rajin cari rezeki untuk dua isteri!
Bukan kesalahan perempuan aje tau!
Abby Abadi reda menerima ujian ini.
Wah, mesti best kan!
Pandangan mata Bella tu penuh dengan rasa cinta untuk Aliff Aziz 🥲🥹 Sedihnya..
Kita tak rasa apa yang isteri Caprice lalui..