Categories: FeaturedTrending

Sehingga Kini Tidak Ada Produk Vitamin C Yang Didaftarkan Dalam Bentuk Suntikan Oleh KKM!

Melalui posting yang dimuat naik di Facebook Program Perkhidmatan Farmasi KKM telah mengumumkan bahawa sehingga kini tidak ada mana-mana produk vitamin C yang didaftarkan dalam bentuk suntikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk pengetahuan anda, produk yang digunakan secara suntikan tidak boleh dikelaskan sebagai produk kosmetik memandangkan cara penggunaan produk berkenaan adalah di luar skop takrifan kosmetik.

Menurut posting tersebut juga menyatakan bahawa mana-mana individu yang menjual suntikan Vitamin C adalah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 7(1)(a), Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

Jika disabit kesalahan, individu tersebut boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Foto: Hello Doktor

Seperti kita ketahui, suntikan vitamin C yang dijual di pasaran dapat memutihkan kulit dan menjadikan kulit cantik berseri.

Namun, anda sudah tahu bukan ianya tidak mendapat kelulusan dari KKM? Maka, berhati-hati dan jauhi daripada suntikan ini kerana ia akan mendatangkan kesan negatif jangka masa panjang pada kesihatan anda.

tex_admin