Petua Hilangkan Bau Durian Dalam Kereta

Durian digelar raja buah dimana ada musimnya untuk menikmati buah ini. Bila musim durian, bahu jalan tidak kira kiri atau kanan pasti ada yang menjual. Kalau anda penggemar durian pasti anda tidak melepaskan peluang ini.

Walaupun sedap dinikmati terutama sekali bila makan bersama mereka yang tersayang di rumah, baunya semerbak. Silap- silap boleh pening kepala bila masuk saja kereta. Tak payah risau sebab ada penyelesaiannya.

Ini antara petua dan cara hilangkan bau durian ini dalam kereta anda.

TANGKAI DURIAN

Patahkan tangkai durian dan kemudian belah hujungnya. Selepas itu, letakkan pada jejaring aircond seperti dalam gambar.
Hasilnya, bau durian pasti tiada lagi. Ramai dah cuba dan akui yang teknik ini memang berkesan!

ROTI

Letakkan beberapa keping roti di dalam kereta. Roti ini boleh menyerap bau durian dengan berkesan. Biarkan semalaman dan keesokan paginya bau durian akan hilang dari kereta anda.

 

 KOPI

Ambil sedikit serbuk kopi dan balutkan dalam sapu tangan atau kain kasa. Lepas itu tinggalkan semalaman dalam kereta. Nak senang, gunakan saja serbuk kopi yang siap di dalam uncang. Kopi juga boleh menyerap bau-bauan dengan efektif.

 

DAUN PANDAN

Petua ini mungkin biasa anda dengar. Bagi yang ada stok daun pandan di halaman atau di dapur, bolehlah gunakan beberapa helai daun pandan yang diikat. Boleh juga potong kecil-kecil dan masukkan dalam beg jaring. Gantungkan macam air freshener.

Senang sahaja petua yang dikongsikan ini. Barang yang nak guna pun taklah susah nak dicari. Jadi tiada lagi alasan tak nak beli durian bawa balik . Tak pening kepala lagi nak hilangkan bau durian dalam kereta.

Selamat mencuba!

SGMS Enal