“Ada Perkara Lama Yang Dirindukan, Tapi Tak Dapat Berulang Kembali” – Status Isteri ND Lala Cetus Tanda Tanya

Perkongsian terkini isteri penyanyi Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu memuat naik sebuah foto lama dipeluk oleh suaminya dari belakang.

Namun begitu, kapsyen yang ditulis oleh Fauziah di hantaran tersebut telah mengundang 1001 persoalan ramai.

“Akan ada selalu waktu yang dirindukan, namun tidak dapat terulang kembali,” tulisnya beserta tanda pagar ’till jannah’ dan ‘Alhamdulillah’.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen membanjiri ucapan doa agar rumah tangganya bersama suami akan kekal bahagia.

Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

Aqilah Paharuzi