Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 13, 2023 @ 4:49pm

“Ada Perkara Lama Yang Dirindukan, Tapi Tak Dapat Berulang Kembali” – Status Isteri ND Lala Cetus Tanda Tanya

Perkongsian terkini isteri penyanyi Datuk ND Lala iaitu Datin Fauziah Sarman meraih perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran tersebut, ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu memuat naik sebuah foto lama dipeluk oleh suaminya dari belakang.

Namun begitu, kapsyen yang ditulis oleh Fauziah di hantaran tersebut telah mengundang 1001 persoalan ramai.

“Akan ada selalu waktu yang dirindukan, namun tidak dapat terulang kembali,” tulisnya beserta tanda pagar ’till jannah’ dan ‘Alhamdulillah’.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen membanjiri ucapan doa agar rumah tangganya bersama suami akan kekal bahagia.

Terdahulu, nama ND Lala dipetik selepas timbul kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an dikhabarkan telah bernikah lagi bersama wanita lebih muda.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 11 Oct 2018

Lelaki Ini Tak Perasan Ada Paku Dalam Kepalanya. Ngerinya!

Jika anda sering sakit kepala, segeralah berjumpa dengan doktor ya!

Hiburan Thu, 2 May 2024
Trending Mon, 4 Oct 2021

Demam TikTok Melanda ABPBH 34, Artis & Kelab Peminat Pun Boleh Rangkul Trofi Tau!

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-34 dirancakkan lagi dengan kerjasama TikTok, yang membawa kembali kategori Anugerah FANtastik Popular ABPBH 34 dan memperkenalkan kategori baru iaitu Artis TikTok Popular ABPBH 34. Melalui kategori Anugerah FANtastik […]

Featured Sun, 7 May 2023
Featured Sat, 26 Feb 2022
Hiburan Mon, 30 Dec 2019
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

Video Nyanyi Untuk Kristal, Achey Ganti Tempat Lan?

Umum tahu, Achey memiliki vokal yang cukup baik dan boleh mencecah high note. So, why not kan?

error: Content is protected !!