‘ Ada Sebab Saya Pilih Dewan Merdeka’, Konsert Terakhir Altimet 16 Februari Depan

Penyanyi rap Altimet yang sah bersara sebagai penyanyi pada 22 November lalu bakal tampil dengan sebuah konsert khas iaitu The Last Altimet Show yang dibawakan khas oleh Nescafe.

Penyanyi lagu Amboi ini memberitahu konsert akan akan berlangsung pada hari Sabtu, 16 Februari 2019 bertempat di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur.

Altimet tidak akan berseorangan dalam konsert itu nanti kerana beberapa penyanyi terkenal seperti Aizat Amdan, DJ Fuzz, Zizi Kirana, Awi Rafael, Aman Ra dan ramai lagi.

“ Saya bakal menyanyikan beberapa lagu hits sepanjang konsert itu berlangsung.

“ Saya memilih Dewan Merdeka, PWTC kerana berpendapat tempat itu adalah salah satu lokasi ikonik yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dalam masa sama, saya anggap kerjaya saya juga sudah ‘merdeka’, “katanya ketika ditemui di Nandos, 3 Damansara semalam.

Dalam perkembangan lain, Altimet juga bakal melancarkan album terakhir yang diberi nama – O, ia bakal berada di pasaran bermula Jumaat, 21 Disember ini.

Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket konsert The Last Altimet Show dengan pembelikan tiket Early Bird. Harga bermula daripada RM 59 – RM 109. Tiket terhad Eearly Bird ini boleh didapati menerusi altimet.com.my/Concert bermula 21 Disember 2018.

SGMS Faida