Adibah Noor Tidak Ikut Arus Popular, Dan Tidak Sendu Okay!

Adibah Noor masih aktif menyanyi walaupun agak lama beliau tidak muncul di kaca televisyen. Namun, menurut Adibah beliau masih menerima sebarang undangan nyanyian terutamanya untuk majlis-majlis korporat.

Beliau berkongsi mengenai diri dan keadaan diri beliau menerusi akaun twitter miliknya. Menerusi muatnaik tersebut, Adibah sempat retweet semula gambar miliknya yang sedang membuat persembahan disebuah majlis korporat yang telah dikongsi oleh peminat beliau.

Sempat berkongsi bersama peminat -peminat beliau menerusi laman tweeter nya, Adibah juga memaklumkan bahawa harga yang dikenakan untuk persembahan beliau, tidaklah semahal yang disangka.

Cayalah Kak, bukan sahaja menyanyi sedap tak sangka kak Dibah kita ni pandai buat kelakar kan?

 

Salma Syahbuddin