Adik ‘Langkah Bendul’, Uqasha Senrose Tak Ralat

 

Biarpun adiknya Nelydia Senrose bakal berkahwin tidak lama lagi, pelakon Uqasha Senrose mengaku tidak rasa tertekan.

Mahu lebih berhati-hati memilih pasangan hidup, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen tidak mahu tersalah langkah.

“ Ibu bapa dan kakak saya berhadapan perceraian. Ini menjadikan saya lebih berhati-hati untuk memilih teman hidup.

“Hanya kerana hendak memuaskan hati sesetengah pihak, saya berkahwin pula dengan orang yang salah. Jadi saya tidak larat adik ‘langkah bendul’ dahulu,”katanya kepada BH Online.

Kata pelakon Spanar Jaya X ini, dia percaya dengan takdir Allah bahawa jodoh pasti tiba tepat pada masanya.

Semalam, Nelydia, 24, mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi.

Ini berikutan tersebar perkongsian Instagram (IG) Story termasuk yang dimuat naik tetamu aktres itu yang menghadiri majlis meraikan bakal pengantin di sebuah hotel, di sini.

Uqasha memberitahu sebagai kakak dia tumpang gembira dengan kebahagiaan adik beradiknya.

“ Saya berharap dijodohkan dengan suami yang dapat membimbing menjadi lebih baik selepas bergelar isteri,” akhirinya.- BH Online.

SGMS Enal