Categories: HiburanSelebriti

Adik Nafi Anita Sarawak Cerai, Hidap Kanser

Sebelum ini dikongsi yang penyanyi Anita Sarawak sudah bercerai dengan suaminya, beberapa bulan lalu.

Kini nama penyanyi itu sekali menjadi sebutan ramai apabila timbul khabar angin mengatakan beliau sedang menjalani rawatan penyakit kanser.

Bagaimanapun, menurut adiknya, pelakon Noorkumalasari, segala laporan atau spekulasi mengenai kakaknya itu adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, Anita dan suami masih lagi bersama dan kini menjalankan perniagaan jual beli hartanah di Amerika Syarikat.

“Semua khabar angin mengenai Anita yang dikatakan sakit, rambutnya gugur, bercerai dan macam-macam lagi adalah tidak benar. Dia tidak menghubungi saya kerana dia tahu, kalau orang ramai tahu, mereka akan mencari saya. Jadi, dia banyak menghubungi kakak saya.

“Kakak sendiri bercakap dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah sekaligus mengesahkan bahawa mereka masih lagi suami isteri. Mereka masih menetap di Amerika Syarikat, tapi bukan di daerah Las Vegas lagi.

“Dia dan suaminya menjalankan perniagaan berkaitan hartanah dan jual beli rumah. Mereka sering berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat,” 

Penyanyi yang popular menerusi lagu Tragedi Buah Epal itu ‘menghilangkan diri’ daripada industri seni tanah air sejak 2011 sehingga kini.

SGMS Enal