Hiburan By: Syamir Shafie October 24, 2023 @ 9:45am

Afgan, Lyodra Bersatu dalam ‘Ada’

Gabungan dua suara yang padu dari penyanyi terkenal Afgan dan Lyodra telah menghasilkan sebuah karya hebat melalui lagu ‘Ada’.

Lagu ini telah mendapat sentuhan istimewa daripada Afgan sendiri sebagai penulis lirik.

Menyentuh kisah di sebalik lagu tersebut, ia menceritakan sebuah peristiwa pahit yang berlaku dalam hidup Afgan.

Pada tahun 2020, Afgan menerima berita bahawa salah seorang insan yang paling rapat dalam hidupnya memutuskan untuk berpisah dengan pasangannya setelah bertahun-tahun menjalankan hubungan.

Mendengar berita itu, Afgan berasa sedih kemudian memutuskan meluahkan perasaannya menerusi lagu Ada. Dia berharap agar mereka berdua dapat bersatu kembali suatu hari nanti.

‘Ada’ merupakan hadiah kepada pencinta muzik Indonesia, terutamanya para peminat tegar mereka, Afganisme dan MyLyodra. Kedua-dua memainkan peranan penting dalam lagu ini. Kolaborasi ini tidak hanya mencerminkan bakat seni mereka tetapi juga menghasilkan perpaduan yang memukai dan pastinya memikat hati pendengar pada era ini.


Ketika sesi rakaman, pelantun vokal lagu Jodoh Pasti Bertemu itu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap vokal Lyodra. Menurut Afgan, dia mahu Lyodra menyanyikannya sesempurna mungkin kerana ‘Ada’ amat bermakna baginya.

“Lagu ini sangat peribadi untuk saya dan saya sayang sekali pada lagu ini. Lyodra sendiri juga mahu menerokainya dan dirinya sangat menyenangkan, membuat saya yakin bahawa hanya Lyodra yang sesuai membawakan lagu ini bersama saya,” jelas Afgan.

Dalam pada itu, pemenang Indosian idol Musim 10 itu meluahkan rasa gembira kerana dapat berkolaborasi dengan Afgan yang banyak membantu sepanjang proses menyiapkan lagu tersebut.

Menurut Lyodra, Afgan sentiasa memberi sokongan kepada Lyodra unuk menjayakan ‘Ada’.

“Afgan adalah pasangan yang baik dan sangat merendah diri. Kami banyak berbincang tentang lagu ini dari awal sehingga lagunya dikeluarkan, bermula dari rakaman hingga klip video.

“Afgan memberi kebebasan pada saya untuk mencuba apa sahaja dan dia sangat menyokong tindakan saya. Proses rakaman pun menyenangkan kerana dia menemani dan mengarahkan saya,” kata Lyodra.

Rakaman video muzik “Ada” berlangsung di Tulamben, Bali, dan diarahkan oleh Bramsky.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Apr 2019

‘Hari Ini’ Gabungan Idea Magis Hael-Ezra

Nak tengok Hael berlakon jadi suami paling sweet?

FESYEN Thu, 11 Apr 2019

Rizalman Ibrahim Tampil Dengan Koleksi Raya Bertemakan Diraja Britain, Hanya di E! News

Koleksi raya Rizalman bertemakan Konsep Diraja Britain Hanya di E! News.

Hiburan Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

《歌手6》7强名单海报曝光!张韶涵真的来了!

中国歌唱综艺节目《歌手》第6季(歌手6)将于12日再度登场,7大歌手名单正式曝光,包括张韶涵、汪峰、李圣杰等人。其中来自英国的流行歌手Jessie J也跨海来挑战,同时也是首度请到欧美艺人参加,为节目再添新看点。