” Mana ada bertunang. Saya pun terkejut tiba-tiba ramai ucap tahniah. Rupanya gambar foto saya memakai baju pengantin tersebar baru-baru ini,” demikian komen pengacara terkenal Ain Edruce berhubung gosip pertunangannya yang hangat diperkatakan.

Baru-baru ini, gambar selebriti tinggi lampai dalam busana pertunangan mula viral di laman sosial. 

Namun begitu, pengacara Pop Express di NTV7 ini memaklumkan bahawa dia dan kekasih belum memiliki sebarang ikatan rasmi buat masa ini. 

” Gambar yang dimuatnaik oleh jurusolek terkenal itu cuma untuk sesi fotografi dan tiada kaitan dengan sebarang majlis pertunangan.

” Jangan risau, tiada majlis pertunangan yang berlangsung pun,” katanya. 

Pelakon berusia 27 tahun ini juga berjanji akan berkongsi berita dengan peminat jika dia betul-betul sudah bertunang.  

” Tak mungkin saya akan sorok hal begini. Saya pun manusia biasa yang ingin berkongsi kenangan manis di laman sosial,” katanya.

 

 

SGMS Faida