Aina Abdul Akui Khilaf Dan Mohon Maaf – “Saya Akan Lebih Berhati-Hati Dalam…”

Penyanyi Aina Abdul akui khilaf dan membuat permohonan maaf kepada semua pihak susulan fesyen hijab yang dikatakan mirip biarawati gereja atau ‘sister’, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Aina menjelaskan gaya itu adalah idea daripada dirinya sendiri dan pasukan pengurusannya yang diinspirasikan dari koleksi fesyen Mason Margiela 2022/Spring Summer.

“Saya dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan penampilan saya pada Sidang Media ANWAA 2.0, baru-baru ini.

“Namun, saya mengakui kekhilafan dan ia mendatangkan salah faham ramai pihak, jadi saya ingin memohon maaf,” jelasnya.

Dalam pada itu, Aina turut menyatakan dia akan lebih berhati-hati dalam berfesyen pada masa akan datang.

“Saya akan lebih berhati-hati dalam berfesyen selepas ini. Selamat berhujung minggu, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah SWT,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Tudung Aina Abdul Jadi Bualan, Netizen Kata Persis Biarawati!

ARTIKEL BERKAITAN: Hijab Seakan Biarawati Itu Hanyalah Fesyen – Aina Abdul 

Fatin Nurain