Featured By: Salma Syahbuddin February 3, 2022 @ 1:36pm

Aishah Dicerai Talak Satu Menerusi WhatsApp – “Bohonglah Jika Saya Tidak Bersedih”

Kemelut rumah tangga membabitkan penyanyi lagenda, Datuk Aishah akhirnya terjawab selepas beliau mengesahkan perceraiannya dan suami pada penghujung tahun lalu.

Menurut pemilik nama Wan Aishah Wan Ariffin, 57, dia diceraikan dengan talak satu menerusi mesej di aplikasi WhatsApp yang dihantar pada 25 Disember 2021.

“Segala-galanya sudah selesai apabila saya diceraikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu.

“Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, pelantun lagu Janji Manismu ini menyifatkan sabar dan kuat adalah kunci utama untuk terus bergerak ke hadapan.

“Bagi saya kalau rasa sedih menangis sahaja. Tidak perlu tahan kerana saya juga manusia biasa.

“Apa yang penting perlu kembali kuat dan move on,” jelasnya.

Terdahulu, Aishah dilaporkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suaminya pada 5 November lalu selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Oct 2022

“The Hate Is Real! Aku Mintak Dilayan Ke Dari Kau?” – Caprice Pertahan Pendapat, ‘Kebal’ Dengan Respons Cikgu Fadli

Selepas terpalit dengan isu kontroversi membabitkan kes amang seksual pendakwah selebriti sehingga isterinya turut digelar dengan panggilan kurang sopan, penyanyi rap Caprice sekali lagi diduga dengan isu ‘panas’ membabitkan seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

‘Saya Mualaf’ Bawa Tuah Buat Da’i Adam, Tahniah!

Pemuda berusia 26 tahun dan merupakan mualaf ini memukau hadirin yang ada di dalam studio Sri Pentas 2 dengan persembahan diluar kotak. Judulnya ringkas namun menyentuh jiwa.

Drama Mon, 13 Mar 2023
Featured Mon, 18 Oct 2021

Percutian Rizalman Naik Jet Peribadi Ke Pulau Langkawi Curi Tumpuan

Percutian pereka fesyen terkemuka, Datuk Rizalman Ibrahim bersama keluarga ke Pulau Langkawi mencuri perhatian warganet. Menerusi laman Instagram, Rizalman dilihat menaiki jet peribadi bersama anaknya untuk bercuti ke Pulau Langkawi. Malah, terdapat ura-ura yang mengatakan

Trending Wed, 19 May 2021

Isu Karpet Nilai 3: Neelofa, PU Riz Dijangka Didakwa Di Mahkamah Esok

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah selebriti PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail akan didakwa di mahkamah esok berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP). Menurut

Featured Wed, 25 May 2022

Suka Pergi Shopping Salah ‘Timing’, DSV ‘Disekolahkan’ Netizen

Datuk pun… mall kan tutup pukul 10 malam??

| Live TV

error: Content is protected !!