Hiburan By: SGMS Faida February 12, 2018 @ 12:08pm

IMPAK JAMPI SANGAT BESAR – AZMEER

JAMPI menakluki segenap ruang pelusuk Malaysia, impak kejayaanya cukup besar, demikian komen Ketua Juri Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL 32) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Tambahnya lagi, faktor populariti turut memainkan peranan dalam mengangkat lagu JAMPI sebagai juara.

Awak pergilah ke mana pun, tanyalah siapa pun, sedangkan budak usianya 10 tahun pun mampu menyanyikan lagu ini dengan lancar. Itulah kehebatan atau penangan lagu ini,” ujarnya ketika menjawab soalan media mengenai faktor kemenangan JAMPI.

Azmeer memberitahu perbezaan markah antara tempat pertama dan kedua tidak begitu jauh.

Apa yang boleh saya katakan, tiga lagu yang berjaya pada malam ini jurang markahnya hanya kurang daripada empat. Saya tidak boleh memberitahu angka tepat,” katanya lagi.

Azmeer berkata kesemua 10 juri yang mengadili karya berkenaan bersetuju dan sepakat memilih lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong itu tanpa pertikaian untuk memenangi AJL32.

Tiada perbalahan dalam memilih pemenang dan semua juri juga setuju pilih lagu JAMPI sebagai juara dan juga lagu-lagu lain.

” Selain impak, melodi dan susunan lagu yang indah turut membantu JAMPI bergelar juara,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Mar 2024
Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Tue, 2 Jul 2019

GFriend Stole Malaysian’s Heart With Their “Go Go Gfriend!” First Tour

More than 4,300 BUDDYs attended the GFRIEND concert!

Hiburan Fri, 28 Dec 2018

「情歌天后」龙千玉台湾推大秀坚持云顶如期开唱!

「台语天王」蔡小虎和龙千玉明年1 月5 日携手在云顶开唱;现在还有不到几天就开秀,龙千玉接受访问时爆说这场演唱会和台湾一年一度的综艺大秀撞期,唯她忍痛推秀坚持到云顶开唱!