Featured By: Maya Basir April 26, 2023 @ 6:43pm

Sanggup Terima Hantaran RM1, A. Aida Bakal Terima Menantu Seorang Juruterbang – “Yang Penting Boleh Bahagiakan Anak Saya”

Penerbit sensasi, Datuk A. Aida memaklumkan dia akan menerima menantu tidak lama lagi dan tidak meletakkan wang hantaran tinggi buat bakal suami anak sulungnya, Wan Az Aleesa.

Memetik laporan Kosmo, dia enggan masuk campur soal penetapan jumlah wang hantaran atas sebab tersendiri.

“Soal itu (wang hantaran) saya tak kisah langsung. Saya serah kepada anak saya dengan bakal suaminya.

“Saya tak pernah tanya berapa bakal menantu nak bagi wang hantaran apa semua. Sebab apa? Duit? Saya ada segala-galanya.

“Duit saya dah ada. Saya cuma nak seseorang yang boleh membahagiakan anak saya. Bakal menantu saya itu nak bagi hantaran berapa pun saya terima. RM1 pun saya terima,” katanya.

Menurutnya, Aleesa bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang juruterbang bernama Zain Azrai Abdul Aziz.

“Bulan lepas anak saya dirisik. Jadi, selepas perbincangan majlis pertunangan akan diadakan pada 20 Mei ini. Nikah insya-Allah kalau tiada aral melintang pada 15 Julai depan.

“Pada mulanya, saya pun tak percaya semua ini sebab percintaan Aleesa dan Zain asyik putus bersambung sahaja.

“Zain jumpa saya kata dia serius nak memperisterikan anak sulung saya sebelum dia berlepas belajar empat tahun di Bogor, Indonesia (program perubatan veterinar),” jelasnya.

Untuk rekod, Aleesa dan Wan Az Evanatassha merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Aida bersama penyanyi popular, Ameng Spring.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Sun, 9 Apr 2023
Hiburan Sun, 14 Oct 2018

RESPECT! Bila Konduktor Muzik Terkenal Bongkar Rahsia Khai Bahar Yang Orang Lain Tak Tahu

Saya kata dasat hang Khai. Depa kenai hang dan tahu bila hang sampai sini. Banyak paparazi ni…Itulah kuasa laman sosial.

Hiburan Mon, 18 Dec 2023