Hiburan By: Izzi Farhana March 30, 2023 @ 1:38pm

Pernah Dapat Jutaan Tontonan Nyanyi Lagu Cover, Adrianna Cinta Tampil Dengan Single “Sayang”

Industri hiburan tanah air sering didatangi dengan kehadiran wajah-wajah baharu dan tahun ini menyaksikan Adrianna Cinta tampil dengan single terbarunya berjudul “Sayang”.

Pada asalnya, Adriana merupakan seorang pengguna TikTok yang gemar menyanyikan lagu-lagu cover dan berkongsi di aplikasi tersebut.

Menurut Adrianna atau nama sebenarnya, Puteri Adrianna Cinta Megat Faizal, 19, “Sayang” yang merupakan lagu ciptaannya sendiri dan diterbitkan dibawah naungan syarikat Sony Music Malaysia.

“Istimewanya tentang lagu ini, ia adalah kombinasi antara genre pop dan indie yang menjadi lagu cinta dan muziknya menyuntik mod seumpama membelai perasaan. Sejujurnya, lagu ini bukanlah dirancang dengan ketat, saya hanya cipta dengan mencurahkan apa yang bermain dalam minda, kemudian tidak lama selepas itu, siaplah bahagian permulaannya. Saya hanya ambil masa tiga ke empat jam sahaja untuk keseluruhan lirik.

“Kebanyakan lagu ciptaan saya hanya mengambil masa sehari sahaja untuk siap, namun jika termasuk proses ‘mixing’, lagu ini lengkap sepenuhnya dalam masa dua hari. Itulah antara yang boleh dikatakan sebagai kekuatan saya, menulis lagu dalam masa yang singkat dan jalan ceritanya bercampur sama ada dalam jalan cerita atau perasaan seseorang,” katanya.

Adriana turut berkongsi bahawa penceritaan lagu “Sayang” ini tiada kaitan dengan kisah hidupnya sendiri.

Namun, penyanyi media sosial ini mempunyai kelebihan untuk mendalami maksud penceritaan yang terkandung dalam lirik coretannya.

“Lagu ini adalah sepenuhnya berdasarkan imaginasi saya, saya terbayangkan situasi itu dan terus menjadikannya sebuah lagu.

“Saya amat berharap lagu ini dapat menyentuh perasaan orang ramai yang mendengar lagu ini, semoga ia memberi kesan yang mendalam kepada mereka dan terus jatuh cinta dengan “Sayang”. Selain itu, saya juga amat berharap ia mendapat putaran di stesen-stesen radio tempatan dan diguna pakai secara meluas di pelbagai platform media sosial.

Lagu “Sayang” boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Contest Sun, 18 Aug 2019

Peminat #ICSYVMY Cepat Hantarkan Jawapan Korang Sekarang!

Last Call! Ini mungkin peluang terakhir korang untuk menang RM2K!

Hiburan Sat, 27 Jul 2019
Events Wed, 9 Mar 2022
Featured Thu, 8 Jun 2023

Individu Persoal Tanggungjawab Suami Terhadap Anak, Ini Respons Julia Farhana – “Dia Sangat Hardworking, Luluh Hati Bila Sering Difitnah…”

Hati isteri mana tak kecewa bila suami dia kerap difitnah kan… hmm semoga baik baik saja buat pasangan ini ❤️

Hiburan Mon, 6 Jan 2020

Mira Filzah Denies Having To Do Anything With Remy Ishak’s Sudden Instagram Cleanse

Maybe not all things are interconnected to each other.

Hiburan Sun, 29 Sep 2019

Dapat Kejutan, Untungnya Jadi Elfira Loy!

Tak sabar nak tengok Elfira jadi ibu!

Featured Thu, 9 Jun 2022