Hiburan By: Fatin Nurain November 28, 2023 @ 4:47pm

Hilang Suara… Doktor Pakar Sarankan Siti Nordiana Tidak Bercakap, Kes Perbicaraan Ditangguhkan

Peguam kepada penyanyi Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin memaklumkan perbicaraan kes saman terhadap lima sekawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguhkan susulan penyanyi berkenaan sukar untuk bercakap, hari ini

Menurut Azlan,  keputusan itu turut mendapat persetujuan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan yang mendengar kes berkenaan.

“Siti Nordiana mengalami kesukaran bercakap dan sudah pun mendapat sijil cuti sakit daripada hospital kerajaan.

“Kes hari ini (Selasa) mendapat kebenaran untuk ditanggukan oleh hakim dan akan bersambung semula pada esok pagi (Rabu),” katanya.

Memetik laporan mStar, pengurusnya Mohamad Al Anas Osman memaklumkan Siti Nordiana atau Nana mula berdepan masalah suara sejak minggu lalu dan keadaannya semakin parah pada pagi Selasa.

Tambah Anas, Nana turut diberikan cuti sakit selama 11 hari selepas berjumpa dengan doktor pakar.

Penyanyi itu bagaimanapun tidak digalakkan untuk berkomunikasi secara lisan bagi memastikan keadaannya pulih dengan segera.

“Sudah seminggu Nana tidak ada suara. Sekarang mash menerima rawatan di hospital. Atas nasihat pakar, Nana tidak boleh bercakap.

“Nana hanya akan berkomunikasi menggunakan telefon ataupun bahasa isyarat,” ujarnya.

Anas turut meminta peminat mendoakan kesihatan Nana agar kembali pulih serta dapat beraksi semula dalam sebuah program nyanyian stesen televisyen berbayar, Ahad ini.

“Dia mash lagi dalam rawatan dan mengambil segala ubat yang diberikan. Insya-Allah doakan Nana kembali sihat,” katanya.

Terdahulu, Siti Nordiana telah memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta terhadap lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron, pada 3 Ogos 2021.

Kontroversi itu tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura mendedahkan konflik yang berlaku antara mereka dengan Nana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.

Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.

Dalam pada itu, Nana turut menuntut pihak penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Malah, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 16 May 2021

Hukum Tak Ambil Tahu Isu Palestin , Ini Jawapan Dari Ustaz Adnin

Seluruh dunia kini tertumpu kepada isu melibatkan Palestin dan Israel. Dengan tema solidariti untuk palestin dan #FreePalestin, seluruh dunia  berusaha untuk menegakkan keadilan buat rakyat Palestin yang diserang Israel serta memelihara kesucian Masjidil Al Aqsa […]

Hiburan Sun, 11 Jun 2023

Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota Yang Terakhir?

Memang best gila konsert Ella malam tadi!! Terubat rindu ramai penonton nak dengar Ratu Rock menyanyi live

Trending Sun, 7 Nov 2021

“Abang Tak Bersalah” – Jadi Alasan Suami Isteri Bercerai, Aaron Aziz Luah Rasa Sedih

Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih apabila namanya menjadi antara punca remeh kes perceraian pasangan Islam di negara ini. Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz, 45, berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran di laman […]

Featured Fri, 22 Oct 2021
Trending Fri, 9 Oct 2020

Bantuan Komputer Riba Buat Siswa Golongan B40

Khas buat pelajar universiti dari golongan B40