Hiburan By: Maya Basir June 11, 2023 @ 11:56am

Terima Pengiktirafan Malaysia Book of Records, Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota Yang Terakhir?

Ratu Rock, Ella menerima pengiktirafan ‘Most Concert Tickets Sold Out: 10,000 Tickets in 24 Hours’ oleh Malaysia Book of Recods.

Pengiktirafan tersebut diberikan selepas Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

“Saya bangga atas penghormatan dan penghargaan daripada peminat dan saya ucapkan terima kasih,” ujarnya.

Menurut Ella, dia menjelaskan bahawa konsert ini bukan yang terakhir seperti yang dianggap orang ramai.

“Ini bukan konsert terakhir saya, sebaliknya cerita mengenai konsert ini akan menjadi pelengkap jilid terakhir dalam buku saya yang akan dikeluarkan nanti,” jelasnya.

Konsert yang meraikan 35 tahun kerjaya Ella sebagai penyanyi, dia mempersembahkan lagu-lagu popular sejak dari awal pembabitannya dalam industri muzik tanah air.

Selain persembahannya yang bertenaga, terdapat kejutan dimana suaminya, Azhar Ghazali berduet dengan menerusi lagu Peace Love Rindu serta legenda rock tanah air, Datuk Amy Search menerusi lagu Dua Insan Bercinta.

Ella juga mendedikasi lagu buat ibunya, Yang Asma Long yang telah meninggal dunia pada tiga tahun lalu menerusi lagu Kasih.

Konsert Jilid Akhir Ella: Puteri Kota diadakan selama dua malam berturut-turut iaitu malam tadi dan malam ini dengan susunan lagu dan kejutan yang berbeza.

Antara rakan-rakan artis yang turut hadir beri sokongan ialah Ziana Zain, Misha Omar, Noryn Aziz, Datuk Sheila Majid dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Aug 2021

Selepas Berjaya Dengan Single Pertama, Madam Tampil Dengan Musnah

Selepas dikenali menerusi lagu Luka yang meraih lebih 5.1 juta tontonan di laman YouTube, kumpulan Madam kini tampil dengan single kedua yang berjudul Musnah. Dianggotai empat jejaka berbakat besar yang terdiri daripada Putera (vokalis), Azuan […]

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

Laudya Cynthia Bella Nafi Hamil?

Bella menafikan dakwaan yang dia sedang mengandung

Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

Trending Fri, 31 Jan 2020
Fab Foodies! Sat, 9 Jun 2018

Penangan Drama Nur, Sup Bunjut Mula Popular

Lepasni jangan pula korang keliru pula bila nampak sup bunjut dalam masakan, jangan ingat ‘barang’ untuk menyihir pula ya…

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Kate Middleton And Prince William Showoff Newborn Prince

The royal couple just got their third child!