Euforia Bola 2026
Trending By: Syafiqa Irdina April 7, 2020 @ 4:55pm

Dah ‘Ready’ Ke? Ini ‘Checklist’ Persediaan Menjelang Ramadhan Yang Korang Patut Tahu

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun menghampiri bulan Ramadhan.

Dalam pada kita sibuk dengan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP yang dikuatkuasakan ini, apa kata luangkan sedikit masa untuk memperbaiki diri bagi menghadapi bulan Ramadhan yang pernuh barakah.

So, di kesempatan ini Xtra ingin senaraikan checklist sebagai persediaan menjelang bulan Ramadhan yang wajib semua umat Islam ambil tahu dan amalkan. Jom semak!

Hidupkan Suasana Ramadhan Di Rumah

Apa yang kita perlu tahu, untuk hidupkan mood Ramadhan semuanya perlu bermula dari rumah. Sebelum semangat nak beraya, kenalah teliti dan bersiap-siap menghadapi Ramadhan. Barulah syok nak sambut Syawal nanti betul tak?

Sempena RMO ni mesti ada yang dah bosan tak tahu aktiviti apa untuk dibuat. So, menjelang Ramadhan ni, praktikkan solat berjemaah bersama keluarga di rumah. Korang juga boleh ikut cara keluarga Permaisuri Agong dengan bertadarus bersama-sama, ini secara tak langsung dapat membaiki bacaan tajwid kita.

Untuk menaikkan semangat lagi, belilah atau basuh sejadah dan pakaian solat kita seperti telekung dan kain pelekat. Bila kebersihan terjaga, barulah selesa dan khusyuk untuk menunaikan ibadat.

Kalau korang ada majalah islamik dekat rumah tu, letakkan di sudut ruangan bacaan di rumah. InshaaAllah rohani kita sentiasa terisi dengan kebaikan.

Kredit foto: Google

Tidur & Bangun Awal

Yup! Tidur awal sangat penting guys! Latih diri untuk tidur awal supaya tubuh kita akan menerima rehat yang cukup supaya bertenaga untuk keesokan harinya. Kerja, kerja juga tapi jangan lah sampai stay up lewat malam ye.

Try ubah corak tidur yang dapat membantu rutin Ramadhan korang seperti bangun awal 30 minit sebelum masuk waktu subuh. So, nanti kita gunakan beberapa minit di awal pagi itu untuk kita melakukan solat-solat sunat. Bila dah biasa nanti, rutin Ramadhan akan jadi mudah!

Kredit foto: Google

Jaga Kesihatan Tu!

Tubuh badan kita ini merupakan amanah daripada Allah. Jaga kesihatan bermaksud memelihara tubuh badan kita daripada pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok.

Jadi korang, tinggalkan rokok dan pengambilan makanan yang tidak sihat supaya kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dengan baik. 70 peratus daripada badan kita mempunyai air, jadi banyakkan minum air kosong dengan banyak untuk elakkan hidrasi.

Kredit foto: Google

Ambil Tahu & Praktikkan Amalan Sunat

Bulan puasa inilah kita nak meraih banyak pahala sebab setiap amalan yang kita lakukan, berlipat ganda pahala yang diberikan. Ambil tahu amalan-amalan sunat yang boleh kita lakukan sewaktu berpuasa nanti. Setidak-tidaknya kita sudah pun bersedia untuk menjalankan aktiviti harian ketika Ramadan nanti.

Antara amalan sunat tersebut ialah seperti membaca Al-Quran, lebihkan bersolat sunat Taubat dan sunat lain, berzikir dan bersedekah.

Kredit foto: Google

Semak Hukum & Rukun Puasa

Dalam banyak-banyak perkara, jangan tinggalkan part ini guys. Disebabkan Ramadhan yang tiba setahun sekali mesti ada yang lupa tentang hukum-hakam dan rukun puasa.

So, semak semula hukum hakam, rukun serta perkara-perkara membatalkan puasa dan sebagainya melaui sumber rujukan yang betul. Perkara ini sangat penting untuk kita ambil tahu supaya nanti ibadah yang kita lakukan tidak sia-sia.

Kredit foto: Google

Rancang & Tetapkan Matlamat Korang

Akhir sekali, rancang rutin Ramadhan tahun ini dengan sempurna dan tetapkan hati untuk melaksanakan apa yang korang ingin capai. Untuk lebih tersusun dan elakkan daripada terlupa, apa kata korang catatkan aktiviti korang dalam buku Ramadhan Planner yang banyak terjual di pasaran sekarang ini. Nak lebih mudah, aplikasi di telefon bimbit juga banyak tersedia, download sahaja!

Kredit foto: Google

So guys, macam mana kita ready untuk menghadapi interview pekerjaan atau peperiksaan, macam itu jugalah kita perlu banyakkan persediaan dalam mengerjakan rukun Islam keempat ini.

Jangan sia-siakan peluang ni kerana fikirlah, mungkin ini akan menjadi Ramadhan terakhir kita. Tepuk dada tanya iman, sudah bersediakah kita?

Selamat beramal semua.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Jan 2026

“Kenapa Kau Akhirnya Lafaz Cerai Juga?” – Ciapan Raih Tumpuan, Uqasha Senrose Didakwa Persoal Tindakan Kamal Adli

Uqasha turut menegaskan tindakannya berdiam diri sebelum ini tidak seharusnya disalah tafsir

Hiburan Thu, 14 May 2026

“Bila Suami Tak Mampu Berikan Apa Yang Saya Mahu, Saya Mula Pandang Rendah Terhadapnya” – Reen Rahim

Kata Reen, dia pernah membiarkan perasaan ego memakan dirinya sendiri ketika lebih berjaya dari suaminya

Hiburan Thu, 8 Feb 2024

Ruangan Komen Diserang, Netizen Salahkan Abby Abadi Terlampau ‘Back Up’ Anak – “Last-Last Anak Membelakangi Dia…”

Lain orang lain ujiannya 😌 Yang mengecam tu pun tak tahu apa ujian yang bakal menanti 😬

Trending Wed, 4 Dec 2019

Tular Foto Tak Senonoh, Penganjur Ekspo Tatoo 2019 Mohon Maaf

Pihak penganjur mohon maaf atas insiden yang berlaku tanpa sengaja

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

“Doa Orang Dizalimi Tiada Hijab” – Diana Danielle Kongsi Cara Hadapi Bekas Suami Culas Nafkah

Diana menasihati agar golongan wanita tidak berputus asa dan terus berdoa kepada Allah setiap kali berdepan kesukaran tersebut

Featured Mon, 10 Nov 2025

“Saya Tak Dengar Awak Minta Maaf Lepas Maki Ibu Dia” – PA Dr. Fie Bersuara! Perjelas Situasi Sebenar Isu Babitkan Orang Ketiga

pembantu peribadinya tampil membuka mulut dan mendedahkan situasi sebenar di sebalik kontroversi yang berlaku.

Events Tue, 25 Feb 2025

Kongsi Perkembangan Terkini Yassin, Azlee Senario Beri Bayangan Bakal Terima Berita Gembira

Swbagai rakan, Azlee senario memklumkan Yassin kini berada dalam keadaan baik.

error: Content is protected !!