Trending By: Fatin Nurain October 17, 2023 @ 2:51pm

Roslan Madun Sebak Ulas Konflik Anak-Anak ND Lala – “Mereka Tu Dah Macam Anak Saya”

Penyanyi irama asli Roslan Madun mengakui sebak dan terkesan ketika mengulas kemelut yang berlaku di antara penyanyi Shila Amzah dan adik-adiknya, Syafiq dan Syada, baru-baru ini.

Roslan yang merupakan rakan baik kepada bapanya, Datuk ND Lala mengatakan dia sudah menganggap Shila dan adik-adiknya itu seperti anaknya sendiri.

Menurut Roslan, dia pernah melihat susah senang nasib keluarga itu suatu ketika dahulu memandangkan mereka membesar di hadapan matanya.

“Anak-anak dia tu dah macam anak saya dah. Ye la dah keluargakan, membesar depan saya. Saya tengok ketika mereka susah, ketika mereka senang. Saya tengok depan saya,” katanya.

Tambah pelantun lagu Lemak Manis itu, dia juga menjadi saksi ketika Shila bekerja keras mengisi slot-slot kosong untuk menyanyi ketika majlis, sejak kecil lagi.

“Shila masa kecil dulu suka menyanyi. Dulu saya dekat Pahang ada banyak majlis. Shila ni dia lah yang mengisi slot-slot, kadang-kadang penyanyi dan VIP lambat sampai, dia yang menyanyi. Dah macam anak saya dah,” jelasnya.

Terdahulu, kemelut yang berlaku di antara adik-beradik pelantun lagu Patah Seribu itu menjadi perhatian ramai selepas adik-adiknya meluahkan rasa kurang puas hati dengan tindakannya untuk menjual rumah yang didiami mereka.

Rentetan perkara itu, Shila turut tampil memberikan penjelasan isu tersebut bagi tidak menegangkan situasi yang berlaku.

Namun, ibunya, Fauziah Sarman turut tampil memberikan kenyataan yang berbaur kecewa terhadap tindakan penyanyi itu sekali gus menambahkan ketegangan yang berlaku.

@ikaangahlj7Penyanyi Roslan Mandur tidak dpat menahan sebak apabila ditanya berkenaan isu Shila Amzah dan adik beradiknya.. “Anak-anak (Nd Lala) membesar depan mata saya, saya sedih bila terjadi isu ini, diharap dpt selesai dgn baik.” Penyanyi yang terkenal dengan lagu lemak manis itu mempunyai hubungan rapat bersama Datuk Nd Lala dan bekas isterinya.

♬ original sound – ShilaAmzah

Artikel Berkaitan: Dah Guna Kuasa Veto, Shila Amzah Nafi Halau Keluarga… Dedah Tujuan Sebenar Mahu Jual Rumah – “Bila Ibu Bapa Cerai, Rumah Tu Banyak Kisah Silam Yang Kita Tak Nak Ingat”

Artikel Berkaitan: Fauziah Sarman Perli Ubai MZ? Anggap ‘Orang Luar’ Tumpang Kemewahan Anak – “Kita Tiada Beza, Awak Juga Cuci Kaki Masuk Rumah”

Artikel Berkaitan: “Emak Tak Reda Dengan Apa Yang Shila Buat, Stop Menipu!” – Terguris Kata-Kata Kesat, Fauziah Sarman ‘Tawar Hati’ Dengan Shila Amzah?

Artikel Berkaitan: Netizen Serang Adik Lelaki Isu Jual Rumah, Amir Syahir Mohon Jangan Tersalah ‘Adik Lelaki’ – “Ni Bawang Putih, Satu Lagi Bawang Merah”

Artikel Berkaitan: “Kehormatan Saya Dicabar! Tak Ada Isu Saya Halau Darah Daging Sendiri” – Shila Amzah Perjelas Konflik Babitkan Ibu & Adik – Beradik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Dec 2023
Trending Mon, 18 Jan 2021
Trending Thu, 4 Aug 2022

“Kami Bukan Nak Cekik Darah” – Che Ta Hairan Netizen Persoal Harga Produk Inainya

Che Ta hairan netizen persoalkan harga inainya yang sangat berpatutan.

Hiburan Mon, 13 Nov 2023

Famili Duo 3: Tahniah! Sharif & Syaiful Sekali Lagi Bolot RM10,000 Di Minggu 5, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

2 kali juara mingguan! Sharif & Syaiful dah kumpul RM20k😱 Tahniah! Jom semak markah semua peserta.

Featured Tue, 18 Oct 2022

[VIDEO] Akui DSV Ibu Yang Luar Biasa, Cik B Luah Bapa Tidak Pernah Endah Buat Netizen Sebak – “ Sekurangnya Awak Ada…”

Kesian kat Cik B tapi apa pun Cik B sangat bertuah ada ibu yang sangat ‘cool’

Hiburan Fri, 9 Feb 2024
Trending Fri, 20 Apr 2018

Bawang Punya Pasal, Lelaki Dipenjara Tiga Hari

Majistret Mohd Firdaus Saleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Rahaman Sukuler, 28, yang juga warganegara India selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.