Events By: Fatin Nurain May 6, 2024 @ 1:46pm

Turun Padang 30 Hari Bantu Golongan Kurang Berkemampuan Sekitar Lembah Klang

Restoran makanan halal tradisi masyarakat Cina, Chopstiks Asia telah mengajurkan program amal Chopsticks Prihatin dengan sasaran selama 30 hari membantu golongan tidak berkemampuan di sekitar Lembah Klang.

Jumaat lalu, pemilik Chopstick Asia, Kenneth Choong bersama pasukannya telah turun padang memberikan sumbangan berupa makanan bungkus kepada penghuni Rumah Kasih Charity di Setapak.

Menurut Kenneth Choong, inisiatif ini dilakukan bagi membantu mereka yang tidak berkemampuan seperti anak yatim, warga emas di pusat jagaan, gelandangan dan ibu tunggal.

“Sebenarnya program inisiatif Chopsticks Prihatin ini kami anjurkan buat pertama kali untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan seperti anak yatim, warga emas yang tinggal di pusat jagaan, gelandangan, kumpulan ibu tunggal.

”Setakat ini, kami telah pun berkunjung ke tiga pusat jagaan Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas ,Puchong, Rumah Limpahan Kasih Anak Yatim Dan ASNAF serta Rumah Kasih.

”Dengan inisiatif ini, kami harap kami dapat meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan dengan memberikan mereka makanan yang telah disediakan oleh pihak kami,” katanya.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Kenneth ketika ditemui di Rumah Kasih Charity Home di Setapak, Jumaat lalu.

Enggan mendedahkan jumlah bantuan yang sudah disumbangkan, Kenneth menegaskan dia hanya memberikan sumbangan tersebut dengan memberikan makanan bungkus mengikut jumlah penghuni sesebuah pusat kebajikan tersebut.

Difahamkan, setakat ini pihak Chopsticks Prihatin telah menyumbangkan lebih 300 bungkusan makanan kepada golongan yang memerlukan.

“Buat masa ini sumbangan yang kami berikan adalah dalam bentuk makanan bungkus dari restoran kami. Namun, saya akan mencuba menyediakan juga sumbangan dalam bentuk wang pada masa akan datang.

“Saya berharap pihak kami dapat membantu golongan yang berkemampuan semampu yang boleh memandangkan kos sara hidup masa kini semakin meningkat. Kami juga terbuka sekiranya ada pihak yang ingin bekerjasama dengan kami membantu mereka yang memerlukan ini,” jelasnya.

Untuk sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi Edelina Hamid di 019-8756968.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 5 May 2019

Be the Top Scorer at SuperPark Malaysia and Win Exciting Prizes

SuperPark Malaysia kicks off the SUPER RACE challenge with local fitness and lifestyle personalities Talitha Tan, Akiyo Chai (BaBy Akiyo), and Mia Chai to inspire an active lifestyle.

Trending Wed, 25 Apr 2018

I’m Scared – Reaksi Fathia Latiff Setelah Dipanggil SKMM Kerana Salah Guna Media Sosial

Kelantangan Fathia Latiff melalui laman media sosial sebelum ini akhirnya membawa padah.

Trending Fri, 12 Feb 2021

KPM Bakal Perkenalkan Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTV KPM

Bermula 17 Februari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran DidikTV […]

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Featured Thu, 5 May 2022

Haqiem Rusli & Isteri Manfaat Sambutan Syawal Bersama Keluarga Sebelum Berbulan Madu

Haqiem dan isteri pergi berbulan madu pada raya ketiga.