Featured By: Maya Basir May 5, 2022 @ 8:31pm

Haqiem Rusli & Isteri Manfaat Sambutan Syawal Bersama Keluarga Sebelum Berbulan Madu

Penyanyi lagu Mimpi, Haqiem Rusli teruja dapat menyambut 1 Syawal sebagai suami.

Haqiem dan isterinya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri baru berkesempatan untuk berbulan madu pada raya ketiga.

“Tahun ini, saya dan isteri meraikan 1 Syawal di kediaman keluarga saya Hulu Langat, Selangor. Isteri mahu merasakan suasana menyambut Syawal bersama keluarga saya terlebih dahulu.

“Kami juga mengambil kata putus untuk terbang ke Turki selama dua minggu.

“Sepatutnya kami ke Turki Mac lalu, tetapi Sofea dijangkiti COVID-19. Jadi, perancangan terpaksa ditunda. Selepas berkahwin, kami hanya sempat ke Port Dickson,” katanya.

Haqiem dan isteri hendak memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga mereka sebelum terbang ke Turki untuk beberapa tempoh yang lama.

“Saya akui, perasaan berbeza dan cukup membahagiakan apabila dapat merasai nikmat beraya sebaga suami isteri.

“Secara kebetulan, ibu bapa mentua juga rapat dengan keluarga saya, jadi mereka turut beraya bersama di Hulu Langat.

“Lagi pun, ibu bapa mentua tinggal di Setapak, jadi tidak sukar kami membuat perancangan. Suasana Syawal semakin riuh kerana 10 adik-beradik sebelah ibu turut datang beraya.

“Baju raya tetap bertema dan sedondon seperti saya bujang. Tahun ini, kami memilih warna ungu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Asha Ikut Jejak Kakak, Berjinak-Jinak Dalam Dunia Lakonan

Siapa sangka selain dua adik beradik pelakon Risteena dan Ruhanies, rupa-rupanya ada seorang lagi adik mereka, Asha Zainul yang mula mengikut jejak yang sama…..

Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Featured Tue, 20 Sep 2022
familuv Sat, 11 Apr 2020

Suami isteri tidak perlu salah-menyalahi, minta maaf sahaja

Pembuka jalan kepada penyelesaian masalah

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

’Beri Kami Masa, Peluang Perbaiki Kesilapan’- Ibu Haneesya Hanee Mohon Netizen Henti Tohmahan

Semua manusia tidak pernah lari daripada buat silap, maafkan dia…