Featured By: Atiqah Johari May 6, 2024 @ 1:50pm

Faisal Halim Disimbah Asid, Alami Melecur Tahap 2 Pada Badan

Polis tampil memberi pengesahan bahawa pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid ketika berada di pusat beli-belah di Kota Damansara pada Ahad.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan bahawa pihaknya ada menerima maklumat berkenaan insiden tersebut kira-kira jam 5.51 petang.

“Mangsa kini dirawat di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya. Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya dalam kenyataan.

Difahamkan, Faisal diserang oleh individu yang tidak dikenali dan mengalami luka teruk pada bahagian badan selepas disimbah asid.

Faisal turut disahkan melecur tahap dua di beberapa bahagian badannya.

Namun begitu, Faisal kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Damansara dan dia berada dalam keadaan stabil.

“Kami dapat melawat Faisal. Dia ‘OK’… dimaklumkan badan dia melecur sikit.

“Mengikut kata doktor, tahap melecur dalam tahap kedua. Kita doakan Faisal tak ada apa-apa yang parah,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Dec 2022
Trending Tue, 3 Sep 2019

Kesiannya Banduan Dalam Kesakitan Dibiar Bersalin Sendirian

Staf Penjara Didakwa Hanya Tinjau Dari Luar Sel , Kenapa Kejamnya!!

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Trending Thu, 1 Jul 2021
Featured Wed, 3 May 2023
Trending Thu, 12 Nov 2020