Trending By: Salma Syahbuddin November 12, 2020 @ 1:59pm

Hospital Tidak Dapat Tampung Pesakit, Jika Kes Harian 4 Digit Setiap Hari – Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hospital dan fasiliti kesihatan di negara ini mungkin tidak dapat menampung pesakit Covid-19 jika kes harian terus mencatatkan 4 digit setiap hari.

Namun, pihaknya akan terus mempertingkatkan usaha bagi mengurangkan nilai kadar kebolehjangkitan kepada sekurang-kurangnya di bawah 1.0.

Tambahnya lagi, tindakan kesihatan awam adalah cara paling baik selain kerjasama semua pihak termasuklah mematuhi SOP dalam memutuskan penularan wabak ini.

Kawalan rentas negeri perlu diperketatkan lagi

Dr Noor Hisham turut menyarankan agar kawalan rentas daerah dan negeri perlu diperketatkan dan ditingkatkan bagi memastikan penularan dapat diputuskan.

Ini kerana, penularan jangkitan terutamanya di Semenanjung amat membimbangkan. Contohnya, di Lembah Klang serta Negeri Sembilan yang mencatatkan 427 kes pada Rabu iaiu melebihi kes di Sabah.

“Untuk kekang jangkitan, kita telah laksanakan pelbagai tindakan contohnya mereka yang berada di zon merah tetapi kembali ke Kelantan perlu memakai wrist band serta kuarantin,” katanya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kes Covid-19 di Malaysia, jangan lupa saksikan Buletin Utama TV3.

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Sep 2023

Che Ta Mengamuk Anak Dikata S*ndal – “Aku 9 Bulan 10 Hari Mengandung Anak Aku! Jentik, Marah Pun Tak Pernah”

Allah! Tak baik gelar anak orang macam tu. Memang patut Che Ta hangin😡

Featured Thu, 2 Dec 2021

Penembak Sekolah Didakwa Menyamar Sebagai Polis, Pelajar Dapat Mengesan Penipuan Dari Perkataan ‘Bro’

Sekumpulan pelajar di Sekolah Tinggi Oxford di daerah Okland, Michigan, Amerika Syarikat dipuji kerana kepantasan dan kecekapan mereka dalam menghadapi keadaan cemas ketika situasi tembakan di sekolah. Situasi ini dipamerkan menerusi sebuah video di TikTok […]

Featured Sun, 5 Sep 2021

Aktif Dalam Pementasan Teater Di Australia, Raja Emina Ashman Warisi Jiwa Seni Ibu

Personaliti dan jiwa seni yang dimiliki Raja Emina Aliyyah Raja Ashman Shah menjadikan beliau lebih menyerlah. Kini bergiat aktif dalam pementasan teater, puisi karya wanita yang dikenali dengan nama Emina Ashman ini semakin mendapat perhatian […]