Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd September 5, 2021 @ 1:09pm

Aktif Dalam Pementasan Teater Di Australia, Raja Emina Ashman Warisi Jiwa Seni Ibu

Personaliti dan jiwa seni yang dimiliki Raja Emina Aliyyah Raja Ashman Shah menjadikan beliau lebih menyerlah.

Kini bergiat aktif dalam pementasan teater, puisi karya wanita yang dikenali dengan nama Emina Ashman ini semakin mendapat perhatian ramai bukan sahaja di Malaysia malah di Australia.

Mempunyai kacukan Thailand dan Australia, Emina turut mewarisi jejak langkah ibunya, Datuk Seri Noraini Jane, seorang aktres terkenal di zaman 1980-an dahulu.

Kredit foto: Emina Ashman

“Saya terinspirasi apabila melihat persembahan dan karya ibu saya. Ritual dan jalan penceritaan dalam pementasan teater membuatkan saya lebih tertarik, contohnya tarian Mak Yong.

“Setiap elemen seperti pergerakan, suara, seni, imaginasi lebih memberi makna yang lebih mendalam. Pada pandangan saya, dunia seni merupakan tempat di mana lagenda, fantasi dan realiti bersatu,” katanya.

Lebih bersikap terbuka dan selesa untuk berkongsi mengenai minatnya, Emina berpandangan elemen alam semulajadi memberi inspirasi untuknya  dalam menyalurkan puisi dan karya- karya kreatif.

Kredit foto : Sarah Walker (Too Ready Mirror)

Bersama pelakon Nisha Joseph, Kredit foto: Benjamin Laut (Make Me A Houri)

“Saya sangat tertarik dengan keindahan sastera Melayu yang menggunakan elemen alam semulajadi untuk menggambarkan sifat kemanusiaan.

“Sejak kecil, saya terinspirasi dengan peribahasa Melayu, melihat datuk saya yang juga seorang penyair menjadikan saya lebih berminat dalam dunia sastera,” katanya.

Kredit foto: Emina Ashman

Emina turut berkongsi pengalamannya sewaktu terlibat aktif dalam pementasan teater Make Me A Houri di Australia yang memberikan kesan emosi yang mendalam buat dirinya.

“Saya melakonkan watak yang sangat dekat dengan diri saya membuatkan ia lebih mencabar, salah satu babak yang membuatkan saya terkesan adalah babak terakhir di mana ia mengingatkan saya kepada almarhum ayah saya,” jelasnya lagi.

Kredit foto : Benjamin Laut ( Make Me A Houri)

Dalam pada itu, sebagai seorang wanita, Emina merasakan beliau perlu menangkis sikap prejudis sesetengah golongan masyarakat yang konservatif terutama dalam berkarya secara lebih terbuka.

“Secara peribadi, menerusi karya saya, saya lebih suka menulis tentang konsep seperti sensualiti, perjalanan kerohanian dan hubungan romantis dan kemesraan antara manusia.

Tambah Emina, dia pernah merasa khuatir dinilai oleh sebilangan masyarakat kerana bersikap terbuka dalam mengekspresikan topik-topik seperti itu dalam karyanya.

“Saya lebih percaya kepada kebebasan ekspresi dan penyatuan sensualiti dan kerohanian dalam diri. Kita tidak perlu malu atau takut untuk mengekpresikan gerak-geri badan kita. Pada pendapat saya, jasad dan jiwa boleh bersatu”, jelasnya lagi.

 

Kredit foto : Keith Costelo (Make Me A Houri)

Kredit foto : Emina Ashman

“Sebagai seorang penari juga, saya mengambil sumber ilham daripada pengalaman dan perasaan asmara. Elemen ini berkait rapat dengan beberapa bentuk ekspresi gerak-geri badan sifat feminin, yang boleh dinilai dan dikritik hebat”, katanya.

Bukan sahaja aktif dalam pementasan teater namun dia turut aktif dalam melakukan  kebajikan menerusi RIMAU, sebuah badan kebajikan dalam usaha melindungi harimau.

Malah, Emina pernah menerbitkan buku puisi sewaktu berusia 18 tahun dan turut berkongsi  minatnya dalam seni visual lukisan.

Kredit foto : Emina Ashman

Kredit foto : Emina Ashman

Gadis berusia 28 tahun ini turut berkongsi nasihat buat mereka yang berminat dan ingin menceburi seni pementasan teater.

“Yakin dengan diri sendiri, setiap orang mempunyai keunikan dan cara tersendiri untuk berkarya. Percaya bahawa anda boleh melakukan apa sahaja dan boleh mengubah dunia walaupun tiada siapa yang mempercayai anda”, ujarnya.

Kredit foto dan idea penulisan bersama Raja Emina Ashman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Mar 2020
Hiburan Mon, 2 Apr 2018

One Republic Live In Malaysia, Peminat Berpeluang Beraksi Di Atas Pentas Mereka?

Berita baik buat peminat Kumpulan One Republic! Sempena konsert One Republic Live in Malaysia pada 25 April nanti, Pihak WGW Entertainment telah menganjurkan satu pertandingan nyanyian bagi mencari bakat baharu. Dan, pertandingan ini bakal dirasmikan […]

LIFESTYLE Wed, 11 Sep 2019
Hiburan Fri, 4 Jan 2019

TAHNIAH! Izreen Azminda Kini Hamil

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu turut berkongsi sekeping gambar memaparkan imbasan ultra bunyi bayi di kapsyen berkenaan.

Featured Sat, 6 Aug 2022

[VIDEO] Syukur Tidak Cedera! Aina Abdul Terpeleot Ketika Persembahan – “Jatuh Pun Ada Gaya”

Jatuh pun performance still onzz 😍 Apapun Aina tetap slayy tambah dengan traditional inspired outfit 🔥👑

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

PANAS! NAFI HALANG SUAMI JUMPA ANAK – DIANA DANIELLE

Diana Danielle tampil memberikan penerangan bahawa dia tidak pernah menghalang atau melarang sama sekali suaminya itu berjumpa dengan anak-anak nya.

LIFESTYLE Sat, 29 Dec 2018

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Ini

Anak Boleh Kena Cirit Birit Lepas Mandi Laut, Ikuti Tips Keselamatan Elak Anak Jatuh Sakit

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Alif Satar Buang Karakter Lelaki Romantik Demi PIA?

Asyik bawa karakter lelaki romantik je, Alif Satar nekad keluar zon selesa.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

“We are Our Own Warriors and Champions!”, This is Why P!NK is Appointed as This Year’s “The People’s Champion”

The two-time People’s Choice Awards Winner to accept the honor at the live ceremony on November 11 in Santa Monica.

error: Content is protected !!