LIFESTYLE By: SGMS Enal December 16, 2018 @ 1:59pm

4 Khasiat Mandi Air Panas Yang Bagus Untuk Kesihatan

Tahukah anda yang jika anda mandi air dingin dan air panas ada bezanya!. Terutam jika anda mandi air panas seolah-olah manfaatnya seperti berjalan kaki selama 30 minit.  Wow!

Sekumpulan pakar di Loughborough University menjalankan teori ini dengan 14 orang lelaki yang ada diantara mereka disuruh menunggang basikal selama sejam dan mandi selama satu jam pada darjah 104 Fahrenheit.

Menurut ahli psikologi Neil Morris, mandi didalam rendaman air panas boleh mengurangkan tekanan dan ketenangan bagi penggunanya.

Selain itu terdapat beberapa kebaikan yang terbukti membantu kita daripada segi kesihatan jika menggunakan air panas ketika mandi.

1. Tidur yang lebih baik

Pada waktu malam suhu badan kita secara semula jadi jatuh, yang menandakan penghasilan melatonin-atau hormon tidur. Berendam dalam mandian hangat akan meningkatkan suhu badan dengan penghasilan melatonin atau hormon tidur.  Ia sekaligus menyiapkan korang tidur dengan lebih baik.

2. Melegakan otot yang sakit

Haba bukan sahaja membantu mengalirkan darah dengan baik malah dapat membantu otot yang sakit atau ketat untuk berehat. Penambahan garam epsom dalam mandian hangat telah terbukti membantu mengurangkan keradangan sendi yang disebabkan oleh arthritis atau penyakit otot lain.

3. Bakar kalori

Peluh yang baik disebabkan oleh mandian panas boleh membakar seberapa banyak kalori seperti berjalan kaki.

4. Bantu legakan selesema

Stim daripada mandian air panas, membantu melegakan hidung tersumbat dan batuk yang berpanjangan. Rendaman air panas juga boleh membantu sistem imunisasi badan melawan virus dengan lebih baik.

Sumber: Townandcountrymag

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 31 Jan 2022
Hiburan Sat, 21 Aug 2021

Mimi Loma Meninggal Dunia Dalam Tidur

Seniwati popular era 1960-an, Mimi Loma, 75, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur, pukul 2.19 pagi ini. Khabar duka itu disampaikan oleh anak saudaranya […]

Hiburan Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Tue, 22 May 2018

Pasangan Fattzura Terlebih Manis, Curi Perhatian Netizen

Fazura yang dilihat berhijab penuh bagi menghormati bulan mulia ini nyata mendapat pujian ramai peminat beliau. Namun,

Events Mon, 2 Jul 2018

Pecah Rekod! Syed Saddiq Menteri Paling Muda

Terdahulu, rekod pemimpin paling muda dalam Kabinet disandang Datuk Seri Najib Razak ketika dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978, ketika beliau berusia 25 tahun sebelum memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan ketika berusia 33 tahun.