Hiburan By: Padin August 21, 2021 @ 9:46am

Mimi Loma Meninggal Dunia Dalam Tidur

Seniwati popular era 1960-an, Mimi Loma, 75, menghembuskan nafas terakhir ketika dalam tidur di kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak, Kuala Lumpur, pukul 2.19 pagi ini.

Khabar duka itu disampaikan oleh anak saudaranya yang juga pelakon Dian P. Ramlee.

“Assalamualaikum. Al Fatihah. Makcik saya seniwati Hajjah Aminah Ismail @mimiloma telah kembali ke rahmatullah pagi tadi, 21 Ogos 2021, pukul 2.19 pagi di rumah arwah.

“Semoga Allah tempatkan arwah bersama insan-insan yang beriman. Amin,” tulisnya di laman Instagram.

Difahamkan, Allahyarham Mimi meninggal dunia dalam tidur selepas beberapa hari dalam keadaan lemah akibat cirit birit.

Allahyarham Mimi atau nama sebenarnya, Aminah Ismail adalah adik kepada Biduanita Negara, Allahyarham Puan Sri Saloma dan Allahyarham Mariani Ismail.

Antara filem lakonan Allahyarham Mimi Loma adalah Ahmad Albab lakonannya bersama kakaknya Saloma dan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Aug 2018
Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Sempoi Habis Majlis Perkahwinan Hilary Duff, Matthew Koma!

Pemuzik Dawes Taylor Goldsmith antara tetamu yang hadir termasuk saudara perempuan Hilary yang juga pelakon, Haylie Duff.

Trending Tue, 17 Sep 2019

Iras wajah Lisa Surihani, Polis PBB ini buat tulang rusuk bergetar!

Hikma Nursya, buktikan wanita cantik hebat!

Hiburan Mon, 15 Jan 2024

Gara-Gara Tersilap ‘Landing’ Ketika Main Bola Sepak, Haziq Hussni Patah Pergelangan Tangan

Haa..itulah, silap landing lagi! Jangan hyper sangat yer lepas ni…Min doakan Haziq cepat sembuh🤲🏻