Featured By: Khairil Khusyairi January 4, 2023 @ 5:11pm

Azhan Rani Syukur Menteri Pengangkutan Ambil Maklum Isu Pelekat Cukai Jalan – “Apa Nak Tampal-Tampal Lagi”

Pelakon Azhan Rani meluahkan rasa syukur dengan berita mengenai cadangan Kementerian Pengangkutan untuk melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras seperti perlesenan kenderaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azhan memuat naik tangkap layar kenyataan daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke yang memaklumkan mengenai aduan orang ramai berkaitan perkhidmatan dan pelekat cukai jalan yang merumitkan.

“Alhamdulillah. Baru la syok kalau nak cakap Happy New Year, ada reason nak happy, ni sebut je apa entah happynya.

“Terima kasih tuan Menteri Pengangkutan kerana berani menghentikan tradisi lapuk berpuluh tahun yang tak mampu difikirkan oleh semua yang pernah memikul tanggungjawab ini dulu.

“Benda simple tapi buat teruk. Yang baik takde sebab tak puji.

“Paling tepat perkataan tu Digitalisasi, apa nak tampal-tampal lagi. Salute buat tuan menteri dan jabatan tuan. Selamat tinggal roadtax ***ngok,” jelas Azhan di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Sebelum ini, pelakon Nur ini pernah memuat naik satu hantaran mengenai pelekat cukai jalan yang dikatakan agak menyusahkan pemilik kenderaan untuk menampal di cermin kenderaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Menjengah ke profil Loke pula, beliau memaklumkan sebarang pengumuman akan dibuat olehnya apabila pelaksanaan tersebut telah mendapat persediaan penuh.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 11 May 2020
Trending Thu, 8 Apr 2021

Tiada SOP Baharu Berkenaan Surat Rentas Negeri

Kalau tak pasti boleh dapatkan penjelasan lanjut kepada pihak berwajib okay!

Hiburan Thu, 28 Dec 2023
Hiburan Sun, 21 Jul 2019
Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Featured Mon, 12 Jun 2023
Trending Tue, 26 Apr 2022
Featured Fri, 9 Feb 2024