Eat Travel By: Aqilah Paharuzi March 17, 2023 @ 1:10pm

Runsing Pilih Tempat Berbuka Puasa? Ini 5 Restoran Tawar Promosi Menarik Sempena Bulan Ramadan Di Pavilion Bukit Jalil!

Korang sedar tak minggu depan dah puasa? Ya! Hari Khamis, 23 Mac ni umat Islam akan menyambut bulan Ramadan.. Selain menunaikan puasa serta solat sunat tarawih, sudah pasti kita runsing dalam menentukan tempat untuk iftar kan?

Jangan pening-pening! Di sini XTRA kongsikan beberapa restoran yang korang boleh berbuka puasa bersama insan tersayang.. Istimewanya kali ini kami bawakan beberapa promosi makanan dan minuman menarik di Pavilion Bukit Jalil!

Teringin Nasi Dulang Bukhari? Jom makan di Grandmama’s Restaurant!

Tak lengkap juadah berbuka puasa kita kalau tiada makanan kesukaan ramai, Nasi Dulang Bukhari! Promosi kali ini, Grandmama’s membawakan empat juadah berbeza dalam lingkungan harga sangat berbaloi.

Empat pilihan Nasi Dulang Bukhari tersebut adalah ‘roasted tumeric chicken’, ‘braised beef topside’, ‘spiced mixed seafood’, dan ‘braised boneless leg’.

Setiap set Nasi Dulang Bukhari akan dihidangkan masala kentang, kuah kari, air asam, salsa, acar jelatah dan kicap cili pedas.

Tekak mengidam masam manis? Makan la D’Laksa

Tak kira di mana pun kita berada, pasti kita terbayang-bayang makanan kegemaran yang dimasak oleh orang tua kita kan? Lebih-lebih lagi buat penggemar asam laksa!

Jangan risau, orang kata biar jauh dari mata tapi dekat di hati. Jom cuba makan D’Laksa! Istimewa kali ini bukan pada asam laksa saja tau, tapi kali ini restoran ini menyajikan asam lobsterball, asam fishball dan paling menarik rojak buah! Fuhh…

Nak fe-feling di Korea? Jom makan Two Cent Hot Wings

Biasalah tekak kita ni berubah-ubah ikut mood kan.. Tiba-tiba angin datang nak makan Korean chicken wings, pedas manja-manja!

Jangan lepaskan peluang untuk cuba promosi Ramadan di Two Cent Hot Wings! Nama restoran menarik, mestilah pilihan level pedas ayam pun power.. Ada pelbagai combo yang korang boleh pilih tau!

Di sini, korang juga boleh pilih tahap kepedasan biasa iaitu ‘Golden Teriyaki’ dan paling tinggi ‘Ghost Pepper’.

Nak berbuka dengan menu ringan? Cuba minuman berkhasiat Go Coconut


Lengkap dengan pelbagai nutrisi berkhasiat, pilihan minuman Go Coconut wajar dijadikan sebagai pembuka selera pada bulan Ramadan ini.

Di Go Coconut, mereka menyajikan minuman berasakan kelapa… ada yang dicampur dengan kopi, buah-buahan, jelly dan lain-lain.

Pelik? Jangan risau.. Belum cuba lagi tak tahu kan? Lepas minum pasti korang akan rasa sangat segar dan mencergaskan kita dari terus lemau.. Nak solat tarawih kena ada tenaga! Hihi

Dah makan masam, pedas.. Mesti nak menu sejuk pula kan? Mari la Cuba Perfect Ice!

Kalau korang nak tahu, Perfect Ice ini pencuci mulut terkenal di Korea tau.. Pelbagai menu menarik korang boleh cuba, boleh makan sebagai ‘moreh’ juga.

Antara menu menarik ada milkshake, croffle, bingsu! Bukan itu saja, mereka juga menyajikan pelbagai Korean Snack seperti Tteokbokki dan Korean Fried Chicken Wings.. Ini wajib cuba!

Nak masak? Beli barang dapur di The Food Merchant 

Untuk mereka yang bujang, para suami isteri yang kehabisan barang dapur untuk menyediakan juadah berbuka atau sahur, jangan lupa singgah membeli keperluan di The Food Merchant!

XTRA jamin barangan dapur kering dan basah di pasaraya ini menawarkan kualiti tinggi yang premium, selain segar-segar belaka!

Ha macam mana? Dah tau port menarik mana nak berbuka puasa nanti kan?  Jangan lupa kunjungi Pavilion Bukit Jalil bersama keluarga, rakan-rakan, kekasih pada Ramadan nanti!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Sep 2019
Trending Thu, 11 Jul 2019

Netflix Subscribers are Freaking Out because of a Hoax Roaming Around Twitter!

This could be just a hoax but Twitter users shared way too many experiences that this could actually be true!

Featured Wed, 15 May 2024
Featured Thu, 4 Jul 2024
Trending Fri, 13 Jul 2018

Murderous Babysitter Pleads Not Guilty to Charges

Is she saying she is innocent after being caught red-handed like that?!

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

Trending Fri, 15 May 2020
Featured Tue, 17 Jan 2023

[VIDEO] Suami Beli 19 Tudung Hampir RM5,000 Untuk Sokong Fatin Afeefa Mahu Berhijab – “Pelan-Pelan Kayuh”

Alhamdulillah, murah rezeki selalu belanja isteri ❤️ Mesti cantik Fatin Afeefa pakai tudung 🥰🥰