Hiburan By: Syamir Shafie November 13, 2023 @ 2:00pm

Famili Duo 3: Tahniah! Sharif & Syaiful Sekali Lagi Bolot RM10,000 Di Minggu 5, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Minggu kelima Famili Duo menyaksikan pasangan adik-beradik, Sharif & Syaiful yang membawa lagu Mantera Semerah Padi mendahului pertandingan dengan meraih 73.9 peratus markah.

Dinilai sebanyak 70 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 30 peratus undian atas talian oleh penonton, Sharif & Syaiful berjaya membawa pulang hadiah mingguan berjumlah RM10,000.

Di tempat kedua, Ryan & Adam Bakery yang menyampaikan tiga buah lagu, iaitu Kerja, Dikir Barat Siang Malam dan Cari Tapak meraih markah sebanyak 63.5 peratus.

Membawakan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Seruan, Tom & Fuad Rahman pula berada di tangga ketiga dengan markah sebanyak 60 peratus.

Berikut merupakan markah penuh enam peserta Famili Duo di minggu kelima:

1. Mantera Semerah Padi- Syarif & Syaiful (73.9%)

2. Kerja, Dikir Barat Siang Malam & Cari Tapak – Ryan & Adam Bakery (63.5%)

3. Mentari Merah Di Ufuk Timur & Seruan – Tom & Fuad Rahman (60%)

4. Menaruh Harapan & Jangan Kau Mimpi – Adira & Emma Suhaimi (54.8%)

5. Hujan, Ayah Dan Ibu & Pelangi Petang – Haqiem Rusli & Ariff Bahran (51.2%)

6. Baby One More Time & Beat It – Syahir & Shila Amzah (36.7%)

Dihoskan oleh Janna Nick dan Izzue Islam, enam pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan untuk merebut hadiah bernilai RM10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Glenmarie, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo musim ketiga setiap Ahad, pukul 9 malam hingga 11 malam di TV3.

Gunakan tanda pagar #familiduotv3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Jun 2021

“Doakan Yang Terbaik..”- Aprena Manrose Enggan Ulas Isu Tampil Berhijab

Pelakon Aprena Manrose menjelaskan dirinya tidak ingin membuat sebarang pengumuman berikutan isu dilihat tampil mengenakan hijab sejak akhir-akhir ini. Aprena ketika ditemui di sidang media Drama Akasia Hatimu Sedingin Salju enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai […]

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

‘PDRM, Jawab Soalan Saya’ – Eizlan Yusof Naik Angin?

Sebelum mengeluarkan kenyataan atau fakta, mereka mestilah membuat siasatan menyeluruh.

Events Thu, 24 Oct 2019

陶晶莹来马开唱差点跟老公闹离婚?自称是大马天后

出道29年的陶晶莹去年底在台北首次举办大型售票演唱会,深受各界好评;而事隔20年她宁愿舍弃《金马奖》也要来马开唱,更自爆为大马场差点跟老公闹离婚!

Contest Tue, 25 Sep 2018