Hiburan By: Padin November 2, 2023 @ 6:28am

Selesa Dengan Penampilan, Shatirah Amanda Enggan Hipokrit – “Seksi Itu Subjektif, Saya Cuma Menjadi Diri Sendiri”

Selesa dengan imej yang digayakan, pelakon dan penyanyi baharu, Shatirah Amanda, 23, tidak mahu bersikap hipokrit.

Menurut pelantun lagu Langit Bukan Limit ini, dia tidak mengambil peduli kritikan mereka yang bergelar warganet yang suka menumpukan perhatian kepada kesalahan orang lain.

“Buat masa ini, saya selesa menggayakan apa sahaja imej yang dirasakan sesuai dan disukai. Saya cuma menjadi diri sendiri. Ada yang cakap saya seksi. Tapi bagi saya, seksi itu subjektif. Semua orang ada pendapat dan pastinya ia berbeza-beza.

“Mungkin bagi saya biasa sahaja, namun seksi bagi segelintir orang. Nak kata saya berpakaian mencolok mata, tidak juga. Saya masih tahu batas dalam berpakaian dan tidak keterlaluan,” katanya.

Amanda berkata demikian semasa ditemui pada sidang media Tayangan Perdana Filem Mar Rak arahan Datuk TS Jeffry, baru-baru ini.

Membawakan watak Rashidah dalam filem terbabit, Amanda teruja dengan penglibatan pertamanya di layar perak.

“Ini penampilan sulung saya sebagai heroin dalam naskhah filem. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Saya bercakap dalam dialek Kelantan dalam filem terbitan Pentas Wayang ini dan ia menjalani penggambaran sekitar hujung tahun lalu.

“Saya sendiri tidak sabar menanti respons penonton sebaik filem ini mula ditayangkan pada 2 November. Semoga mendapat sambutan yang baik dan mendapat perhatian peminat filem tempatan,” katanya lagi.

Selain Amanda, Mar Rak turut dibintangi oleh Kael, Nina KSC, Dyvianna James dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

「唱作天后」邓紫棋重返大马!一连两场唱响云顶

「唱作天后」邓紫棋重返大马!一连两场唱响云顶。

Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Eh…Macam Neelofa Tapi Bukan. Siapa Wanita Cantik Ini?

Sosok wajah Kylie juga bukan saja disamakan dengan Neelofa malah senyuman dan bentuk muka dikatakan mirip pelakon Fazura.

Featured Sun, 10 Sep 2023
Featured Wed, 5 Jul 2023
Hiburan Tue, 28 Nov 2017

WAIT, WHO IS 2017’S MISS UNIVERSE?!

Aside from beauty and brains, this gal has got a whole lot of brawn too!