Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi April 21, 2022 @ 11:24am

Diberi Masa 4 Minit Untuk ‘Shooting’ & Hanya Guna Platform ‘Zoom’, Ryan Reynolds Terkejut & Puji Hasil Kerja Sofyank 

Pempengaruh dan editor berbakat yang terkenal dengan skill suntingan kesan visual (vfx), Sofyank sekali lagi berjaya mencipta nama di persada antarabangsa apabila berjaya bergandingan dengan pelakon terkenal Hollywood, Ryan Reynolds untuk mempromosi filem Netflix, The Adam Project.

Sofyank memuat naik video tersebut di akaun media sosialnya meraih sambutan yang hebat daripada peminat yang mengkagumi bakat luar biasanya.

Bukan itu sahaja, video tersebut turut mendapat perhatian pelakon hebat Hollywood, Ryan Reynolds yang turut berkongsi semula ciapan video yang dikongsikan Sofyank di akaun media sosial rasmi milik pekakon utama filem tersebut.

Malah, aktor terkemuka itu turut menyifatkan video yang dihasilkan Sofyank itu sangat ‘luar biasa’ walaupun hanya menggunakan platform Zoom sebagai sesi pertemuan yang cuma berlangsung selama 4 minit itu.

“Saya rasa ini telah menetapkan piawaian yang tidak adil untuk tembual tergesa-gesa selama 4 minit,” tulis Ryan Reynolds.

Ruangan komen ciapan tersebut mendapati ramai dalam kalangan netizen yang berkongsi perasaan bangga mereka terhadap anak kelahiran Kota Bahru. Kelantan ini.

Rata-rata netizen meminta Ryan Reynolds menawarkan peluang yang lebih besar kepada Sofyank untuk mengembangkan bakatnya di Hollywood.

Video berkenaan telah meraih lebih 3.1 juta tontonan di TikTok Sofyank, 1.5 juta tontontan di Twitter dan 62,000 di saluran YouTube.

Untuk rekod, Sofyank sebelum ini juga pernah bekerjasama dengan aktor terkenal Hollywood iaitu Will Smith.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 11 Sep 2018

Netizens Grieve Death of Char Kuey Teow Cook Aunty Gemok

Who’s gonna cook the delicious char kuey teow now? 🙁

Kisah Viral Thu, 6 Jul 2023
Featured Tue, 14 Apr 2020

Guna istilah popular PKP, koleksi Lebaran Larney tular!

Stay At Home Kebaya atau Lockdown Kurung Kedah, mana satu pilihan hati?

Hiburan Sat, 26 Oct 2019
Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Trending Fri, 8 Jan 2021
Featured Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Fri, 29 Nov 2019

Da’i Farhan Tak Mahu Berdiam Diri, Buat Laporan Polis Terhadap Pemfitnah

Biarlah mereka selesaikan masalah keluarga dengan cara mereka. Tak perlu lah kita menokok tambah sebab bukan kita yang lalui, betul tak?

Trending Wed, 11 Aug 2021

24 Jam Buletin TV3 Di Laman Web Berita Harian

Media Prima Berhad menjadi platform penting untuk rakyat Malaysia mendapatkan informasi terkini sementara kekal selamat duduk di rumah sepanjang wabak COVID-19 ini. Buletin TV3 komited dalam menyalurkan berita dan juga video terkini dari dalam dan […]

error: Content is protected !!