AJL32 : SYAMEL ‘NERVOUS’ LIHAT PERSEMBAHAN FINALIS LAIN

Gandingan Syamel dan Ernie Zakri menerusi lagu Aku Cinta ternyata memberi tuah kepada pasangan ini apabila tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu uke 32, malam tadi.

Syameel Aqmal Mohd Fodzly atau lebih dikenali sebagai Syamel menyifatkan kemenangan bersama Ernie sebagai ‘ganjaran’ selepas keduanya telah melakukan yang terbaik! Tak sia-sia kan lepas dah berhempas-pulas dengan latihan, akhirnya…

Macam tak percaya sebab kalau diikutkan vokal Kak Salma antara yang paling menyerlah. Alhamdulillah, ini dinamakan rezeki,” komennya.

Penyanyi berusia 25 tahun ini turut berkongsi keadaannya sebelum malam kemuncak AJL berlangsung!

Kalau nak tahu, saya jarang menyaksikan persembahan penyanyi lain ketika sesi rehearsal. Perasaan cuwak itu akan datang tiba-tiba.

Mulalah saya gelabah apabila persembahan tidak ‘mencapai piawaian’ seperti artis lain. Jalan selamat, saya jarang tengok persembahan penyanyi lain ketika sesi latihan,” katanya dalam nada berjenaka.

Ketika ditanya sama ada Syamel akan meneruskan projek duet bersama Ernie lagi selepas ini, Syamel menyatakan kesudiannya jika diizinkan- Nya.

Kalau kena dengan waktu sesuai, lagu dan lirik yang bagus, saya dengan tangan terbuka sudi untuk menjadi teman duet Ernie dalam projek akan datang,” akhirinya yang tersipu malu apabila diusik dengan soalan ‘nakal’ media.

Kami di Xtra.com.my mengucapkan Tahniah Syamel & Ernie, you guys did very well, bravo!  

 

SGMS Faida