12 Lagu Bakal Bertanding Merebut Gelaran Juara, AJL36 Kembali Hangatkan Suasana Bermula 6 Mac Ini!

Anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu Ke-36 kembali lagi!

Bakal menghangatkan malam anda dengan 12 persembahan dari artis popular tanah air, pastinya AJL36 kali ini antara yang paling ditunggu peminat.

Tampil dengan tema spektrum warna yang melambangkan tenaga muzik sesuai dengan genre muzik yang berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19.

Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik ini bakal bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada 6 Mac 2022.

Sementara itu, bagi meraikan peminat dan artis yang bakal bertanding, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus Covid – 19.

Justeru itu, pihak TV3 dan krew yang terlibat akan memperinci prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga.

Berikut adalah senarai 12 artis dan lagu yang bakal berentap bagi merangkul gelaran Anugerah Juara Lagu  Ke-36 (AJL36).

LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK
MIMPI HAQIEM RUSLI HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA
SEPI AINA ABDUL AINA ABDUL AINA ABDUL & WAN ZAKARIA
NAFAS CINTA KHAI BAHAR & AINA ABDUL KHAI BAHAR & AINA ABDUL AINA ABDUL & WAN ZAKARIA
BONEKA ERNIE ZAKRI OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT
PURNAMA NAIM DANIEL AMZAR RAZQA & NAIM DANIEL AMZAR RAZQA
PELUKAN ANGKASA SOG X SHILA AMZAH RAJA NAZRIN SHAH FAZLEENA HISHAMUDDIN
INTAN PAYUNG NORANIZA IDRIS & BUNGA LUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQA BUNGA & SIQMA
SALAHKU YONNYBOII YONNYBOII YONNYBOII
AEWO SHIHA ZIKIR FT NOKI EZRA KONG EZRA KONG & NOKI
LARA HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI HAEL HUSAINI & MFMF HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI
ANGKARA SITI NORDIANA SHARON PAUL FEDTRI YAHYA & NANA ALIAS
CINTA MARSHA MILAN BUNGA CANTIK & HANG NADIM HANG NADIM

 

Salma Syahbuddin