Akaun IG Johan As’ari ‘Hilang’

Pelakon Johan Ariff As’ari mendedahkan akaun Instagram (IG) peribadinya, digodam dan kemudian dipadam oleh individu tidak dikenali pada pertengahan Ramadan lalu.

Pelakon filem Bopeng berkata dia menyedari IG itu ‘hilang’ selepas kali terakhir memuat naik foto ucapan takziah kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Ahmad Shah pada 23 Mei lalu.

“Pada esok hari, akaun IG itu sudah tiada. Saya tak sedih tapi benda pertama terfikir, bijak sungguh individu itu.

“Saya ada juga berusaha mengesan kembali akaun itu dengan bantuan beberapa rakan tetapi jawapan saya dapat daripada pihak Instagram, akaun itu dipadam oleh saya sendiri,” katanya reda.

Katanya, dia sudah membuka akaun IG baru menggunakan nama @johanariff_asari sejak dua minggu lalu.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida