Cahaya Mata By: Khairil Khusyairi October 27, 2022 @ 5:15pm

“Akhirnya Sempurna” – Lengkap Dengan Busana Sedondon, Uyaina Arshad Kongsi Wajah Putera Sulung…Comelnya!

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad akhirnya mendedahkan wajah anak sulungnya bersama suami, penyanyi Raja Syahiran.

Menerusi muat naik di laman Instagram, Uyaina berkongsi foto dia dan suami memangku putera sulung mereka, Raja Urhan.

Lengkap mengenakan busana sedondon serba hitam, Uyaina menitipkan doa agar permata hatinya itu sentiasa berada dalam rahmat yang maha Esa.

“Akhirnya sempurna.

“Raja Urhan bin Raja Syahiran.

“Cahaya mata pertama kami. Kebanggaan kami. Semoga sentiasa berada dalam rahmatNya, anakku.

“Mama Baba love you so much,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Terdahulu, Uyaina selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 8 September lalu melalui proses pembedahan.

Untuk rekod, Uyaina dan Syahiran mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2021.

Tinjauan XTRA di ruangan komen mendapati rata-rata peminat memuji kecomelan Raja Urhan malah mendoakan agar anak kecil itu sentiasa dilindungi Allah dan menjadi anak soleh kepada kedua ibu bapanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 31 Dec 2021

“Selepas Sihat, Baru ‘Post’ Macam Sedang Nazak” – Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Berlakon Nazak

Usahawan terkenal, Rozita Ibrahim menegur tindakan anaknya, usahawan dan penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri yang memohon maaf kerana bimbang usianya tidak panjang. Susulan hantaran Aliff di Instagram pada Rabu memaklumkan dia dimasukkan ke hospital kerana […]

Hiburan Thu, 20 Jul 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Berang Usahawan Asyalliee Bubar Sistem Agent Secara Mengejut – “Lupa Ke Dia Kaya Sebab Apa?”

Hmm, banyak isu kan antara founder, agent dengan stokis ni? Apapun tuan badan dah tampil jelaskan

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

PANAS! ARTIS ASAL PERAK INI TERLIBAT ISU DADAH

Pihak polis juga memberitahu bahawa, pelakon yang berusia 26 tahun itu mengambil dadah dan mendapat bekalan tersebut sejak 6 bulan yang lalu