Featured By: Aqilah Paharuzi September 21, 2022 @ 9:19pm

[VIDEO] Netizen Berang Usahawan Asyalliee Bubar Sistem Agent Secara Mengejut – “Lupa Ke Dia Kaya Sebab Apa?”

Usahawan dan pempengaruh, Asyalliee Ahmad baru-baru ini heboh menjadi perbualan hangat netizen selepas membuat pengumuman mengejut akan bubarkan sistem agent dalam perniagaannya.

Susulan itu, ramai dalam kalangan netizen tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut kerana dianggap tidak menghargai mereka yang telah lama bersama menjadi agent keluaran tudung jenamanya, Asyalliee Scarves.

Malah, menerusi sebuah video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan sedutan TikTok live pempengaruh tersebut, dia turut berkata agent kepada produk penjagaan kulit turut dibubarkan.

“Tak ada bincang pun dengan kami. Dia diam membisu. Tanya dalam group, tak respons,” tulis seorang netizen.

“Dia tak kesian ke dengan agent-agent master stokis dia yang dah lama? Saya agent pun terkejut tiba-tiba nak berhenti sistem agent pula,” kata netizen lain.

Malah, ada netizen yang mendakwa kekayaan yang dimiliki pempengaruh ini adalah kerana sokongan stokis dan agent-agent yang banyak menaikkan nama produknya.

Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran di Instagram Story milik Asyalliee, dia tampil menjelaskan perkara sebenar yang terjadi dalam keluaran produknya dimana stok tudung dan skincare tergantung.

“Assalamualaikum, Insya-Allah dalam minggu ni saya dengan team akan settlekan issue agent/stokis @asyallieegroup.

“Kami akan beli stok tudung mana ynag masih ada dengan agent/stokis dan akan pulangkan modal semula, Insya-Allah.

“Kesilapan dari saya, saya akan perbetulkan. Saya bersalah sebab saya tak bagi tahu awal-awal tentang nak bubarkan sistem agent’stokis.

“Saya ingatkam dekat agent/stokis dah tak ada stok, rupanya masih ada.

“Ini ujian untuk saya, saya terima. Jadi lepasni tiada lagi agent/stokis dibawah bisnes saya termasuk @lovelieebeautyhq pun akan tiada sistem tu dalam masa terdekat,” jelasnya.

Menerusi hantaran di Instagram Story yang lain, pempengaruh ini turut memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.

Sekadar info, pempengaruh ini pernah tular suatu ketika dahulu dengan nama ‘Syasya Solero’ menerusi kontennya ‘Macam Cantik Je, Macam Comel Je’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 Jan 2018

Kemelut UNIC, Tarik diri sebab Bazli

Najdi tidak akan bersama Bazli dan Fakhrul di pentas akhir Anugerah Nasyid 2017 (AN2017) yang bakal berlangsung Sabtu ini.

Trending Wed, 4 Apr 2018

Bukan Manusia Sahaja Suka Ke Spa, Monyet Pun!

Mereka mengkaji tingkah laku monyet dan mengumpul data untuk mengukur paras glukokortikoid iaitu sejenis hormon yang kepekatannya meningkat apabila tahap tekanan tinggi.

Trending Thu, 26 May 2022

Penunggang Motosikal Mengaku Tidak Bersalah Memukul Warga Emas

Penunggang motosikal belasah warga emas didakwa di Mahkamah.

Trending Wed, 6 May 2020

Rentas Negeri Di Kuala Lumpur Bermula Esok

Mohon ambil perhatian buat mereka yang berada di KL..

Hiburan Tue, 13 Feb 2018

GILIRAN ABAM JADI PENYANYI

Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 ini mahu membuktikan dirinya seorang yang versatile. Cayalah Abam!

Hiburan Wed, 16 Oct 2019