Featured By: Salma Syahbuddin July 11, 2023 @ 3:30pm

Aksi Cik B Simpan Barang Make Up Vida Curi Perhatian, Netizen Komen : “Harga Make Up Tu, Buah Pinggang Sebelah Pun Tak Boleh Lawan!”

Penyanyi dan anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida atau lebih mesra dengan panggilan Vida iaitu Cik B mencuri perhatian netizen apabila dia berkongsi sepotong video pendek menunjukkan alat solek ibunya.

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B sempat menyebut jenama ‘make up’ yang dipakai Vida sambil meletakkannya di dalam sebuah kereta mainan alat kawalan jauh sebelum mengangkut barang tersebut ke bilik ibunya.

“Teman Cik B  simpan barang make up mama,” tulisnya pada video berkenaan.

Teruja melihat jenama ‘make up’ yang dipakai usahawan itu, rata-rata warganet sempat berseloroh dengan mengatakan jumlah harga kesleuruhan make up yang dipakai Vida itu lebih mahal berbanding harga buah pinggang.

“Semua harga palette tu, harga buah pinggang sebelah pun tak boleh lawan,” komen netizen.

Malah, terdapat segelintir netizen yang meminta Cik B untuk tampil dalam episod kedua siri ‘barang make up Vida’ dek kerana teruja melihat jenama alat solek yang dipakai usahawan itu.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi lebih satu minit itu telahpun meraih lebih 2 juta tontonan dengan menerima lebih 100,000 tanda suka beserta komen sejak ia dimuat naik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Feb 2021
Hiburan Tue, 27 Jun 2023

[VIDEO] Tiru Gaya Mus May, Shiha Zikir Siap Tersasul Buat Netizen Terhibur

Peh Shiha ni memang talented tau semua boleh dia tiru

Featured Thu, 8 Dec 2022
Trending Mon, 24 Sep 2018

Tanah Runtuh Berganda Filipina Ragut 95 Nyawa

Insiden Tanah Runtuh Berganda Filipina Ragut 95 Nyawa, 59 Masih Hilang

Featured Tue, 24 May 2022

“Benda Itu Terlalu Murah…” – Meerqeen Tolak Gimik Untuk Promosi Drama

Betul cakap Meerqeen, penonton nak tengok drama bukan nak tengok gimik…

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Lebih Selesa Begini…Tasha Shilla Tolak Kontroversi

Saya mengaku tidak fikir panjang dalam membuat kenyataan sehingga memakan diri.

Featured Wed, 7 Dec 2022
Hiburan Wed, 13 Nov 2019
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Takkan Simpan Bubuh Jadi Keychain!” – Elfira Loy

Netizen pun kadang-kadang suka serkap jarang..