Aktif Berlakon Di Usia 74 Tahun, Norlia Ghani Sedih Stesen TV Gagal Lunas Bayaran – “Penat Kerja Tak Dapat Hasil”

Pelakon legenda, Norlia Ghani, 74, meluahkan rasa sedih apabila dia mendakwa sebuah stesen penyiaran televisyen tidak melunaskan bayaran yang tertangguh.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Norlia yang mesra dengan panggilan Mama berkata, dia menunggu bayaran sebuah stesen TV sejak sebelum bulan puasa lalu.

Malah, Norlia mengharapkan ada sedikit bayaran walaupun dalam amaun yang kecil.

“Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja yang dibuat sebelum bulan puasa, tapi Hari Raya pun dah habis.

“Harap ada lah dapat payment walaupun sedikit,” luah Norlia.

Dalam pada itu, Norlia turut mempersoalkan pihak stesen TV tersebut dalam isu kelewatan bayaran.

“Apakah ******* TV tak ada duit, sedangkan stesen lain cepat saja dah selesai bayaran.

“Penat kerja tak dapat hasil,” dakwanya.

Sebelum ini, ada segelintir artis turut mendakwa ada sesetengah setesen TV yang masih gagal melunaskan bayaran kepada golongan anak seni.

Lebih rumit, soal bayaran masih menjadi masalah utama yang membelenggu pihak produksi hingga hari ini.

Khairil Khusyairi