Disangka Gambar Rupanya Video, Gelagat Tok Ram Kena Prank Dengan Alyah Buat Ramai Cair

Penyanyi Datin Alyah sekali lagi berkongsi momen manis bersama suaminya, Datuk Ramli MS sekali gus mencuri perhatian dalam kalangan peminatnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Alyah menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Alyah telah memuat naik videonya bersama Ramli MS atau Tok Ram yang disangkakan gambar.

Menyedari perkara itu, Tok Ram terus kelihatan malu dan berlalu pergi selepas mengetahui ia adalah video.

“Suami kita ni sejenis tak bole beza video ke gambar. Pernampakan saka dibelakang melompat-lompat,” tulisnya.

@alyah81official Suami kite ni sejenis tak bole beza video ke gamba 🤣🤣🤣 Pernampakan saka dibelakang melompat2 🤭🤭🤭 #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #fypAlyah ♬ Hingga Tua Bersama – Rizky Febian

Terpegun melihat kemesraan mereka, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan mereka.

Malah, ramai yang memuji sisi berbeza Tok Ram yang kelihatan tidak garang dan kelakar apabila bersama isterinya, Alyah.

Fatin Nurain