Aktres Squid Game Jung Ho Yeon Nampak Lebih Kurus Daripada Biasa, Peminat Luah Rasa Risau

Baru-baru ini pelakon yang membintangi drama Squid Game, Jung Ho Yeon memuat naik beberapa gambar dirinya di halaman Instagram.

Dalam beberapa foto yang dimuat naik, terdapat satu gambar di mana Ho Yeon yang juga seorang model memakai gaun hitam yang menampakkan lengannya yang kecil dan rangka tulang di bahagian dada.

Beberapa sahabat dan peminatnya meluahkan rasa risau dan tertanya mengapa Ho Yeon kelihatan lebih kurus daripada sebelum ini.

“Kawan, adakah awak merancang untuk kekal tinggal tulang?” soal sahabat Ho Yeon yang juga merupakan pelakon, Park Ju Hyun.

“Saya suka tengok awak di dalam Squid Game. Saya rasa awak seorang pelakon yang hebat dan manusia yang baik. Saya tidak berniat untuk menjadi negatif langsung.

“Saya cuma ingin memberitahu apabila melihat awak dengan gaun hitam itu membuatkan saya rasa sedikit risau. Saya tahu betapa susahnya menjadi seorang model dan dapatkan berat badan standard. Tapi tolong ambil pemakanan yang baik,” komen seorang peminat dari Sweden.

Walaupun begitu, ada peminat yang menjelaskan Ho Yeon tidak mempunyai masa untuk makan kerana jadualnya yang padat ketika bekerja di Amerika Syarikat sehingga dia hilang sebanyak 4 kilogram (kg) dalam masa 10 hari.

“Ho Yeon mengaku dia telah menjadi lebih kurus. Tapi sekarang dia dah balik ke Korea dia rancang untuk makan dengan banyak dalam temu bual sebelum ini,” komen seorang peminat.

Allkpop melaporkan, Ho Yeon yang mempunyai berat badan sebanyak 49 kg dengan ketinggian 176 cm telah hilang sebanyak 4 kg selepas drama Squid Game diterbitkan.

Dalam satu temu bual bersama Star News, Ho Yeon memberitahu berat badannya hilang dengan banyak.

Semua baju yang dipakai ketika mula sampai di Amerika Syarikat kini sudah menjadi longgar.

 

Arfah