“Aku Syak Akak Ni Peminat Liverpool” – Kongsi Pengalaman Di Old Trafford, Aeril Zafrel Dituduh Menunjuk

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel membidas komen seorang netizen yang mempersoalkan tindakannya mengambil video ketika menonton perlawanan bola sepak di stadium Old Trafford, United Kingdom baru-baru ini.

Video perkongsian Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari itu memperlihatkan perjalanannya ke Old Trafford dan bersorak gembira di atas gol kemenangan Manchester United.

Menerusi perkongsian tangkap layar di Instagram, netizen itu mendakwa Aeril seperti menunjuk-nunjuk dan seolah-olah dia tidak berbangga dengan stadium di Malaysia.

Kemudian, pelakon berusia 34 tahun ini memberitahu ianya merupakan pengalaman pertama mengunjungi stadium tersebut dan tiada niat untuk menunjuk.

“Nama pun first time masuk stadium kak. Nak record macam mana. Susah juga kalau semua yang kita upload orang ingat asyik nak menunjuk je,” tulisnya.

Pada masa sama, Aeril turut berjenaka dengan mengatakan netizen tersebut barangkali peminat Liverpool.

“Aku syak akak ni (peminat) Liverpool,” katanya.

Meninjau diruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut terhibur dengan kenyataan terakhirnya itu.

“Yang last tu,” kata Mawar Rashid.

“Biasa la bila dah kalah semua benda tak kena.

“Last sentence tu,” komen netizen.

Maya Basir