Al-Fatihah…Tiada Lagi Adik Ikhwan

Penyanyi Aiman Tino memaklumkan berita pemergian adik Muhamad Ikhwan Md Razali yang merupakan salah seorang peminatnya.

Pelantun lagu Ku Rela Dibenci menyampaikan berita duka itu menerusi Instagramnya, awal pagi ini.

“InnaLillahiwainnailaihirajiun, sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Pagi ni Aiman Dapat berita yang Adik Ikhwan Telah meninggalkan kita buat selama-lamanya.

“Tuhan lebih menyayangi awak Adik. Tenang lah awak disana. Takziah buat Keluarga Adik Ikhwan. Kepada Kawan2 , minta jasa baik untuk sedekahkan al-fatihah,” tulis Aiman.

Untuk rekod, Aiman pernah melawat Allahyarham yang mana  video lawatannya ke Hospital Selayang tempat Allahyarham menerima rawatan turut dikongsi menerusi IG TV.

Difahamkan, arwah yang meninggal dunia pada usia 9 tahun itu menghidap penyakit Juvenile Idiopathic Arthritis atau radang sendi sejak 2014.

Bagaimanapun, status kesihatannya mulai kritikal pada 2016 dan menerima terpaksa menerima rawatan lanjut.

Salam takziah buat keluarga arwah, Al Fatihah…

Foto: Instagram Aiman Tino

SGMS Faida