Alahai…Awat La Buat Lagu Tu Ara Johari?

Rasanya umum sudah maklum yang penonton di dalam panggung wayang tidak dibenarkan merakam video di dalam panggung wayang. Apa lagi untuk memuatnaik ke laman sosial, ia salah di sisi undang-undang!

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan tindakan undang-undang jenayah dengan hukuman denda RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan cetak rompak atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah di bawah Seksyen 41, Akta Hakcipta 1987.

Semalam, pihak pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) meluahkan rasa kecewa mereka dengan segelintir penonton yang masih berdegil mahu merakam video di dalam panggung yang kemudiannya dimuatnaik ke laman sosial! Menurut mereka, sikap itu berisiko menyebabkan penerbit untuk tidak membenarkan tayangan filem mereka di masa depan.

Namun peringatan ini tidak diendahkan oleh penyanyi Ara Johari apabila penyanyi popular dengan lagu Bunga itu telah memuatnaik video di Instastorynya.

Seorang netizen melaporkan kepada pihak panggung wayang di Malaysia kerana penyanyi itu memuatnaik video pendek dalam wayang yang dipercayai filem terbaru Marvel, Avengers: Infinity War.

Apa yang menambah kemarahan adalah Ara turut memuatnaik status berbaur cabaran dan provokasi apabila mengatakan adalah haknya untuk upload apa sahaja di akaunnya itu.Dia juga meminta pengikutnya untuk skip sahaja storynya jika tidak mahu melihat spoiler filem berkenaan.

Malahan menurut Ara, dia tahu perbuatannya itu tidak sah dilakukan, namun dia hanya memuatnaik spoiler sahaja. Pada pandangannya, spoiler dan pengharaman memuatnaik video dalam panggung tidak berkaitan.

SGMS Faida