Alasan Dipecat Tak Munasabah, Bekas PA Jutawan Kosmetik Terkejut

Pembantu Peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman, Ahmad Iqbal Zulkefli mengumumkan perkhidmatannya telah berakhir pada 1 Jun lalu. Hurm…apa kes pula ini?

Iqbal memberitahu dia menerima surat dipecat serta-merta atas alasan gagal mengikuti skop kerja yang telah diberikan kepadanya sepanjang berkhidmat di Wisma Vida Beauty Sdn. Bhd.

“ Saya dipecat serta-merta oleh Dato Seri Vida. Sebagaimana tertulis, saya ditugaskan jawatan sebagai setiausaha sulit/ PA (pembantu peribadi), pegawai media dan pegawai pemasaran.

“Sebelum ini Dato Seri Vida menyatakan bahawa saya tidak lagi bekerja sebagai setiausaha sulit/ PA.

“ Sejujurnya, saya bukan ditukar tetapi ditambah jawatan,” katanya.

Iqbal mendakwa, sejak diberi tanggungjawab baharu, kerjanya menjadi lebih banyak.

“ Saya rasa berhak mendedahkan hal sebenar dalam masa sama berhak tahu punca pemecatan.

“ Saya patut umumkan hal yang benar, saya dipecat serta-merta tanpa ada khabar pun bahawa saya akan dipecat.

“Saya lebih senang untuk jujur. Namun, alasan dan sebab yang dinyatakan tidak munasabah,” ujarnya.

Walaupun tidak lagi berkhidmat dengan Vida Beauty, pemuda berusia 24 tahun memberitahu dia sama sekali tidak akan mendedahkan sebarang rahsia syarikat dan berjanji akan menyimpannya dengan baik.

“ Saya diminta memulangkan segala barangan yang diberikan kepadanya termasuk sembilan suit pakaian berlainan warna yang disediakan oleh pihak syarikat,” katanya.

 

SGMS Faida