‘Allah Temukan Yang Terbaik’- Siti Nurhaliza Ucap Tahniah Buat Zamani

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza mengucapkan tahniah buat penyanyi Zamani yang sudah bergelar suami, baru-baru ini.

Siti ketika ditemui Xtra di majlis pelancaran telefon pintar Vivo V17 Pro mendoakan agar perkahwinan Zamani dan isterinya, Nur Juliana Abdul Rani kekal bahagia sehingga akhir hayat.

“Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan kepada Zamani dan isteri. Allah temukan yang terbaik. Kita doakan yang terbaik untuk mereka supaya kekal hingga ke akhir hayat,” komen Siti ringkas.

Penyanyi kumpulan Slam itu selamat bernikah pada 20 September lalu selepas 14 tahun mengenali dan berkawan baik dengan Juliana.

Sementara itu, sebelum ini Zamani pernah membuat kenyataan enggan dikaitkan dengan kisah silam bersama pelantun Anta Permana itu.

Dia juga menafikan lagu Aduh yang dicipta oleh Faizal Tahir berkisar mengenai pengalaman kisah silam mereka.

Oleh: Fas

SGMS Faida