Altimet Bersara Sebagai Rapper Bukan Komposer

Berita sedih buat peminat penyanyi Altimet! Penyanyi yang popular dengan lagu Bunga ini mengesahkan tidak lagi akan mengadakan persembahan bermula hari ini (Selasa).

Altimet yang menyambut ulang tahun pada hari ini memberitahu dia bakal berehat panjang.

“ Saya akan berhenti jadi rapper namun saya ada persembahan khas di konsert istimewa yang terakhir pada Februari tahun depan. Kena tunggu,” katanya.

Walau bagaimanapun, penyanyi berusia 40 tahun ini belum mengesahkan lokasi dan tarikh konsert.

Dalam masa sama, Altimet memaklumkan walaupun sudah bersara dia tetap menghasilkan lagu dan menulis lirik untuk penyanyi lain. Good Luck, Altimet!

SGMS Faida