Hiburan By: Maya Basir September 20, 2023 @ 12:50pm

Altimet Telah Selamat Angkat Sumpah, Bersedia Balas Budi Warga Selangor

Penyanyi rap, Altimet memberitahu sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat demi membalas budi negeri kelahirannya, Selangor.

Memetik laporan Utusan, Altimet atau nama sebenar, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad ini menyatakan misi dan visi untuk Lembah Jaya ialah pembangungan fisiliti dan kes kebajikan asnaf.

“Saya rasa ada satu tanggungjawab besar terletak di atas bahu ini. Tapi saya sedia menggalas tanggungjawab ini untuk Selangor, sebagai balasan budi kepada negeri kelahiran saya.

“Saya berharap dapat berkomunikasi dengan warga Lembah Jaya dengan lebih baik.
Buat masa sekarang, saya dan pasukan sedang mengumpul maklumat sebelum betul-betul bergerak.

“Kami akan memberi tumpuan pada kes-kes kebajikan asnaf, pembangunan infrastruktur dan juga penambah baikan fasiliti sekolah-sekolah di Lembah Jaya. Saya yakin dengan kebolehan pasukan pejabat khidmat Lembah Jaya,” katanya.

Terdahulu, Altimet mengenakan baju Melayu berwarna merah bagi menghadiri majlis angkat sumpah di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, semalam.

Untuk rekod, Altimet yang bertanding untuk kerusi DUN Lembah Jaya menang dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi mengalahkan pencabar terdekatnya Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,409 undi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Featured Wed, 2 Mar 2022
Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Noor Nabila Mohon Hak Penjagaan Sementara Jebat Jayden

Harap-harap Bella mahupun Sharnaaz boleh berbincang secara baik demi kepentingan Jebat Jayden.

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga

Featured Wed, 12 Oct 2022
Hiburan Sat, 24 Dec 2022