#AltimetAir Jelajah Terakhir Altimet?

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi yang semakin dikenali menerusi lagu Air ini. Altimet mengakui menyimpan hasrat dan impian untuk menghiburkan peminatnya sebelum beliau bersara pada 27 November ini diusia beliau 40 tahun.

Menurut Altimet, antara siri jelajah yang telahpun dilawati beliau adalah Amanjaya Mall, Kedai Kopi Shocka, dan Pasar Karat Johor Bahru. Manakala, siri jelajah yang digelar dengan hashtag #AltimetAir ini akan bergerak ke 4 destinasi lain seperti sebelum berehat seketika bagi menghormati bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.

“Siri jelajah ini juga menjadi sebahagian daripada rangka promosi album, Air yang baru dilancarkan bulan lalu. Ia menjadi platform saya bertemu mata dengan peminat sebelum saya bersara sebagai penghibur akhir tahun nanti. Ia juga dilihat sebagai tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan yang diberikan sepanjang kerjaya seni saya yang mencecah usia hampir 20 tahun ini.” Katanya

Altimet juga akan membawakan beberapa buah lagu daripada album terbarunya seperti Bunga, dan juga Mambang yang semakin mendapat tempat dihati peminat-peminat muzik rap tanah air.

So, kepada sesiapa yang meminati Altimet anda bolehlah mengahadiri siri jelajah beliau tanda terima kasih Altimet buat peminat-peminatnya.

Salma Syahbuddin